Disebutkan dalam taklimat betapa terdapat bnyak sekolah yang silap dalam mentafsir latihan dan LADAP. Ini sedikit sebanyak menimbulkan kesukaran untuk memenuhi kecukupan latihan. Juga dimaklumkan bagaimana perhimpunan mingguan boleh diambil kira sebagai latihan dengan syarat ia telah diputusakn dalam mesyuarat pengurusan sekolah dan hendaklah diambil kehadiran rasmi mereka yang hadir ke perhimpunan tersebut.
Berikut dimuatkan sepintas lalu mengenai latihan untuk dijadikan panduan dan pengetahuan.
- Dasar Latihan Sektor Awam
- Definisi Latihan - Aktiviti Latihan yang dijalankan selama 6 jam secara bersemuka dan berterusan anjuran Jabatan, Bahagian atau Agensi Luar di dalam dan di luar negara.
- Contoh aktiviti:
- Kursus
- Seminar
- Konvensyen
- Bengkel
- Forum
- Simposium/Persidangan
- Kiraan:
- Tempoh 6 jam bersamaan 1 hari berkursus
- Minimum 2 hari setahun (wajib dihadiri)
- Kursus pendek jangka panjang (melebihi 3 bulan tidak diambil kira)
- Definisi Sesi Pembelajaran (Bersemuka) - Sebarang aktiviti latihan atau pembelajaran secara bersemuka yang tempohnya kurang daripada 6 jam anjuran Jabatan, Bahagian atau Agensi luar di dalam negara
- Contoh aktiviti:
- Sesi Pembelajaran
- Perhimpunan Bulanan
- perhimpunan mingguan (sediakan kehadiran)
- taklimat
- Mesyuaratkan dan putuskan agar ia dibolehkan untuk diambilkira
- Program Penerapan Nilai-nilai Murni dan Ceramah-Ceramah Khas
- Program Sambutan/Program Khas - Sambutan Bulan-Bulan Islam/ Perayaan yang mengandungi ucapan/ceramah/forum
- Pembentang kertas di Seminar, Konvensyen, Simposium dan Persidangan
- Menyampaikan ceramah di dalam Kursus/Bengkel (Modul yang pertama kali dibentangkan atas tajuk yang sama sahaja diambilkira).
- Cara kiraan:
- Kehadiran 6 jam bersamaan 1 hari berkursus
- Pembentangan kertas kerja/Ceramah 1 kertas yang dibentang bersamaan 1 hari. Maksimum 3 hari sahaja
- Bagi pertemuan mentor-mentee serta sesi perbincangan/ perkongsian idea dengan pengurusan tertinggi (catatan perbincangan mestilah dibuat di dalam sebuah buku catatan)
- Definisi Sesi Pembelajaran (Tidak Bersemuka) - Sebarang aktiviti latihan atau pembelajaran secara tidak bersemuka dan tidak berterusan yang tempohnya kurang daripada 6 jam anjuran Jabatan, Bahagian atau Agensi luar di dalam negara
- Contoh aktiviti:
- Lawatan Kerja
- On-the-job training
- Latihan Sangkutan
- Simulasi
- Lain-lain (seperti kajian kes, tayangan filem, under study)
- Cara kiraan - Kehadiran 6 jam bersamaan 1 hari berkursus
- Definisi (Pembelajaran Kendiri) : Kaedah pembelajaran yang berkonsepkan belajar atas daya usaha sendiri. Pembelajaran melibatkan secara tidak bersemuka (online).
- Contoh aktiviti:
- Penggunaan portal e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)
- Penggunaan portal e-pembelajaran yang diiktiraf oleh Jabatan/ Kementerian
- Penggunaan Pangkalan Repositori Ilmu Sumber Manusia
- Pembacaan buku-buku ilmiah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (termasuk e-book)
- Pembacaan Jurnal Ilmiah/Laporan Kajian dan lain-lain bahan ilmiah secara fizikal atau maya (virtual)
- Cara kiraan:
- Satu sesi pembentangan perlu diadakan di peringkat Jabatan, Bahagian, Cawangan atau Seksyen. Seorang pegawai di peringkat Kumpulan Pengurusan & Profesional (Gred 41 dan ke atas) atau Pegawai Pengesah Latihan perlu hadir sebagai penyelia. Setiap satu pembentangan diiktiraf sebagai satu hari berkursus.
- Maksimum 3 hari setahun iaitu bersamaan dengan 3 kali pembentangan dalam setahun.
No comments:
Post a Comment