... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

22.5.14

Kem Perdana MERKUR1 di Zon 3 DUN Dengkil

Hari ini berlangsung Kem Perdana Program MERKUR1 bagi Zon 3 DUN Dengkil yang melibatkan 5 buah sekolah iaitu SK Dato Abu Bakar Baginda (selaku tuan rumah), SK Jenderam Hilir, SK Desa Putra, SJK (T) Ladang West Country Barat dan SK Sungai Merab Luar.

Program bermula pada pukul 8 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengah hari.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti pula oleh ucapan Pn. Hajah Wan Nor Fadriah, Guru BEsar Sekolah Kebangsaan Dato Abu Bakar Baginda.

Para peserta program ini yang dipanggil MERKURIAN telah menggunakan aplikasi dalam talian Zoom A untuk belajar mata pelajarn Matematik, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Sains.

Program anjuran PPD, ADUN Dengkil dan MGB Sepang ini ditaja oleh Ahli Dewan Undangan Dengkil, Yang Berhormat Tuan Shahrum bin Mohd. Sharif.

Terima kasih YB, Guru Besar SK Dato Abu Bakar baginda,  Pn. Hajah Wan Nor Fadriah binti Wan Idris dan tulang belakangnya En. Ismail bin Ramli.  Tidak ketinggalan kepada para fasilitator dan semua guru dan petugas yang menjayakan program ini.



Bergambar ramai

En. Ismail Ramli

Bersama para fasilitator


21.5.14

Tokoh Guru Negeri Selangor 2014

Dalam sambutan perayaan Hari Guru 2014 Peringkat negeri Selangor pada kali ini, seramai tiga orang bekas guru telah diangkat sebagai Tokoh Guru Negeri Selangor 2014.  Mereka ialah:

  1. Tuan Haji Mohd. Wazir bin Haji Norani
  2. Puan Muliani binti Abu Bakar
  3. En. Subramaniam a/l Sinnasamy
Tuan Haji Mohd. Wazir yang dilahirkan pada 13 November 1952 memulakan kerjaya sebagai guru di SMK Kiulu Tuaran, Sabah pada tahun 1973

Tokoh Guru Negeri Selangor 2014

Muliani binti Abu Bakar

Subramaniam a/l Sinnasamy

Haji Mohd. Wazir bin Haji Norani

Kumpulan Koir Sempena Hari Guru

Tahniah kepada Pn. Hajah Noredzan Abu Bakar, Gur Besar SK Taman Seroja yang menguruskan koir pada kali ini.  Persembahan koir amat menghibur dan menonjol sekali.











MGB Selangor

Exco Majlis Guru Besar Selangor (MGBS) turut memeriahkan sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor di Hotel Sama-Sama KLIA.  MGBS merupakan penyumbang terbanyak bagi majlis ini dengan nilai RM35,000.

Menurut Yang diPertuanya En. Abdul Aziz Mohamed, MGB Selangor sentiasa memberi sokongan tanpa berbelah bagi untuk membantu penganjur saban tahun.

















Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor 2014

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat negeri Selangor telah berlangsung di Hotel Sama-Sama KLIA pagi ini, 21 Mei 2014 (Rabu).  Majlis telah dirasmikan oleh Dato' Mazlan Pengarah Bahagian pengurusan Sekolah Harian yang mewakili Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, Ketua Pemgarah Pelajaran Malaysia.

Koir guru telah memberikan persembahan yang mengagumkan

Ucapan Perasmian oleh Dato Mazlan

Koir Guru

Setiausaha dan Nain Yang diPertua MGB Sepang

Makanan dengan lauk-pauk yang begitu enak dan menyelerakan

Add caption


Rasa seolah di Bombay apabila dilayan oleh ala-ala  'pelakon Bollywood'


Antara Guru Besar yang turut hadir



Tanda sepakat

bersama mantan PPD Sepang Tn Hj Mokhtar Kassim

20.5.14

Persiapan dan Rehearsal Sambutan Hari Guru peringkat negeri Selangor 2014

Hari ini berlangsung rehearsal sambutan Hari Guru Peringkat negeri Selangor di Hotel Sama-Sama KLIA.