Majilis Guru Besar (MGB) Sepang dianggotai oleh 24 orang Guru Besar (GB) Sekolah Kebangsaan (SK), 7 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 8 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Ini bermakna MGB terbahagi kepada 3 iaitu MGB SK, MGB SJKC dan MGB SJKT. Namun ketiga-tiganya bergabung di bawah satu bumbung MGB Sepang yang mana secara automatiknya ia diketuai oleh Pengerusi MGB SK dan dibantu oleh dua orang Naib Pengerusi iaitu Pengerusi MGB SJKC dan Pengerusi MGB SJKT.
18.2.15
Bilangan Laporan Kelajuan Internet Mengikut Sekolah
Untuk menguji kelajuan internet, anda boleh menggunakan mana-mana aplikasi yang berikut:
Sebaik-baiknya lakukanlah ulangan ujian kelajuan ini pada waktu yang berbez-beza misalnya pada pukul 8 pagi (luar waktu puncak), pukul 11 pagi (waktu puncak) dan pukul 3 petang (waktu puncak) pada hari yang sama. Lakukannya sekerap mungkin misalnya paling kurang seminggu sekali dan jika rajin setiap hari. Sekiranya kelajuannya kurang daripada 4 Mbps, laporkanlah ke helpdesk/careline dan rekod no tiket laporan tersebut untuk tujuan rujukan pada masa akan datang.
Setelah membuat ujian kelajuan, anda bolehlah membuat laporan ujian tersebut di borang elektronik di sini.
Bilangan Laporan Kelajuan Internet Yang Telah Dibuat oleh Sekolah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment