... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

21.4.22

PERTUKARAN SETARA DAN PELANTIKAN BAHARU PGB

MGB Sepang kehilangan sahabat GB Cemerlang, Encik Hellmy bin Yusof @ Hj Idris, Guru Besar SK Taman Pantai Sepang Putra yang mendapat Arahan Pertukaran ke daerah asal beliau iaitu Daerah Hulu Selangor mulai 21 April 2022. Beliau telah bertukar ke SK Kalumpang di dalam Daerah Hulu Selangor. Kami barisan MGB Sepang mengucapkan selamat maju jaya kepada Encik Hellmy di tempat baharu. Kami juga mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan kepada MGB Daerah Sepang sepanjang berkhidmat di Daerah Sepang

                                                    Menerima AP daripada Timbalan Pengarah
                                                               Sektor Pembelajaran JPNS

Dalam masa yang sama, MGB Sepang mengalu-alukan pelantikan baharu yang mengisi kekosongan di SK Taman Pantai Sepang Putra iaitu Ustaz Mohd Fazli bin Abdul Manaf. Ustaz Mohd Fazli akan memulakan tugas sebagai Guru Besar di SKTPSP bermula pada 21 April 2022. Kami, MGB Sepang mengalu-alukan kehadiran Ustaz Mohd Fazli ke dalam keluarga kecil MGB Sepang. Semoga dengan kehadiran Ustaz dapat memberikan kekuatan kepada MGB Sepang dalam mendepani Era Pendidikan yang penuh mencabar ini.

Menerima Surat Pelantikan dan arahan sebagai Guru Besar
daripada Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran JPNS



Melapor diri kepada Tuan KPPD Sepang