... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

16.2.16

Agihan Kain MGB Selangor

Majlis Guru Besar Selangor bermurah hari memberikan hadiah sepotong kain kepada semua Guru Besar Sekolah Kebangsaan sebagai tanda ingatan mesra di atas semua kerjasama dan permuafakatan yang diberikan selama ini.  Bagi daerah Sepang urusan edaran telah siap dan akan diletakkan di pigeon hole PPD mulai petang ini.

Hajah Sa'diah merupakan penerima pertama kain tersebut semalam
Kerja-kerja pelabelan sedang dilakukan
Kain untuk GB perempuan
Kain GB lelaki

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas 

15.2.16

Pengesahan Penerima APC Sekolah-sekolah Daerah Sepang

Hari ini 15 Februari 2016 diadakan perbincangan secara bersemuka (one-to-one) di antara Guru Besar dengan Tuan Pegawai Pendidikan Daerah dan Timbalannya di PPD.  Ini sebagai usaha untuk memastikan wujudnya elemen ketelusan antara kedua-dua pihak dalam menjamin integriti yang tinggi sewaktu memutuskan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).  Guru Besar juga diminta membawa minit mesyuarat LNPT 2015 serta justifikasi pemilihan tersebut.  Kitaran 5 tahun untuk menerima semula seperti yang ditetapkan oleh KPM juga diambil kira.

Mesyuarat berlangsung dalam keadaan serius tapi mesra dan berasaskan fakta
Borang Daftar tunggu giliran


Sempat berbincang mengenai berbagai-bagai perkara sementara menanti giliran
Juga ada yang sibuk menghubungi sekolah masing-masing


Mesyuarat pintu
Gaya guru besar sementara menanti giliran.