... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

20.12.16

Bancian Kefahaman Kesan Pelaksanaan SPI 8/16 Pada Tahun 2017

Taklimat Persediaan Akhir Tahun 2016 dan Awal Tahun 2017

Mesyuarat berlangsung pada 20 Disember 2016 di Bilik Gemilang Puri PPD Sepang



Mesyuarat berlangsung pada 20 Disember 2016 di Bilik Gemilang Puri PPD Sepang

26.7.16

Taklimat Penyelarasan Program Peningkatan Prestasi UPSR 2016

Taklimat diadakan di PPD Sepang pada 26 Julai 2016. Dipengerusikan oleh En Alias bin Awang. Disampaikan oleh En Redzuan Mahadi.

Turut hadir ialah YM Tengku Badli Tengku Husain, Lafiy & Zafira Motivation.

9.6.16

Menyemak Keputusan Peperiksaan Anak di Laman Web KPM

Para ibubapa/penjaga boleh menyemak keputusan peperiksaan anak masing-masing di laman web SAPS Kementerian Pendidikan dengan klik di sini.


Pengguna hanya perlu memasukkan no MyKid anak masing-masing, selain dari memilih Sekolah Rendah dan tahun 2016.

Selepas itu pilih jenis peperiksaan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Papar Slip Keputusan atau Papar markah Peperiksaan. Keputusan peperiksaan anak tuan/puan akan dipaparkan.  Untuk mencetak paparan tersebut anda hanya perlu klik pada butang/logo Cetak.

Pada Slip Keputusan ada dicatatkan Keputusan.  Untuk makluman, terdapat 5 jenis keputusan iaitu:
  1. Cemerlang
  2. Baik
  3. Memuaskan
  4. Mencapai Tahap Minimum
  5. Belum Mencapai Tahap Minimum
Bagi menentukan Kedudukan Dalam Kelas/Darjah, SAPS hanya mengambil kira mata pelajaran teras sahaja iaitu:

  1. Bahasa Melayu Pemahaman
  2. Bahasa Melayu Penulisan
  3. Bahasa Inggeris Pemahaman
  4. Bahasa Inggeris Penulisan
  5. Matematik
  6. Sains

Untuk mengetahui bagaimana kaedah SAPS memberi nombor kedudukan dalam kelas (KDK), bolehlah klik pautan di blog MGB Selangor.

16.5.16

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru buat semua yang pernah dan sedang bergelar pendidik.






Klik pautan ini untuk lagunya http://youtu.be/Kz1A2Vmf57c

Lirik Lagu Guru Pembina Negara Bangsa

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
Sent from my iPhone

6.5.16

Majlis Persaraan Tn Hj Rasid bin Hamid











Tawaran Memiliki Rumah Melalui Skim Guruku Sayang

POTONGAN SEHINGGA RM26,000 ataupun RM33,000

 
menawarkan harga istimewa rumah kediaman kepada warga pendidik dan ahli keluarganya di


yang lokasinya terletak di kawasan Airport City

Lokasi rumah yang terletak di kawasan Airport City





Skim Guruku Sayang
Guru Pembina Negara Bangsa

Sempena Sambutan Hari Guru Kali Ke-45, AAKH Development Sdn. Bhd. memberikan potongan istimewa sehingga RM33,000 khusus kepada warga pendidik termasuk anak dan pasangannya. 

  1. Pada mereka yang masih belum membeli rumah, segera rebut peluang untuk mendapatkan MyDeposit yang memberi bantuan deposit antara RM3,000 ke RM30,000 ataupun 10% dari harga jualan. MyDeposit dibuka pada 6 April 2016 hingga 30 Jun 2016.  Keterangan lanjut layari http://www.br1m.info/mydeposit/
  2. Skim ini terbuka kepada 10 unit pertama dan dibuka sehingga 30 Jun 2016
  3. Yuran guaman ditanggung oleh pemaju*
  4. Potongan 50% ke atas duti stem*
  5. Kami akan bantu menguruskan pinjaman anda dari A hingga Z.  Anda hanya perlu mendapatkan tandatangan Ketua Jabatan sahaja*
  6. Semak kelayakan pinjaman anda di sini: 
Bil
Gaji Bulanan Hakiki (RM)
Kelayakan Pinjaman (RM)
 1
8,500 ke atas
                600,000.00
2
6,500 ke 8,499
562,000.00
3
5,500 ke 6,499
525,000.00
4
4,500 ke 5,499
500,000.00
5
3,500 ke 4,499
475,000.00
6
3,000 ke 3,499
400,000.00
7
2,500 ke 2,999
350,000.00
8
2,000 ke 2,499
320,000.00
9
1,500 ke 1,999
260,000.00
10
1,200 ke 1,499
210,000.00
11
1,000 ke 1,199
150,000.00
12
999 dan ke bawah
120,000.00

Kadar Kelayakan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

Kelebihan memiliki rumah di Desa Salak Pekerti:

  1. Kemudahan asas telah sedia ada
  2. Dihubungkan dengan jalanraya dan lebuhraya utama
  3. Kepadatan penduduk yang rendah
  4. Berhampiran KLIA, KLIA2, Litar F1, Kompleks Tabung Haji, UiTM Dengkil, USIM, Xiamen University, INTI College, MIAT, Nilai College, Mitsui Outlet, KLIA International Outlet, Sepang Gold Coast
  5. Kadar sewaan yang tingg
  6. Pelaburan terbaik untuk masa hadapan


Untuk memudahkan tuan/puan membuat anggaran bayaran balik ansuran bulanan sila dapatkan kalkulator di sini http://www.lppsa.gov.my/v1/index.php/kalkulator


Keterangan lanjut sila hubungi Rizal h/p: 011 1074 3613



*Tertakluk kepada terma dan syarat

4.5.16

Bahan Taklimat PBPPP di PPD Sepang

Untuk memudahkan Guru Besar dan Penolong Kanan membuat persediaan membuat taklimat di sekolah masing-masing, di sini disediakan isi dan pautan-pautan penting.

PBPPP hanya membabitkan PPP dan mereka sudah tidak perlu menggunakan LNPT mulai 2016.

Sila klik di sini untuk memuat turn fail Taklimat PBPPP 

Sejarah PBPPP:

1.     PraPelaksanaan PBPPP telah dijalankan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia bermula 22 September – 31 Disember 2014.
·      395,838 PPP dinilai – Guru PdP, Kepimpinan Sekolah, Guru Bimb. & Kaunseling serta Jurulatih Sukan & Jurulatih Seni.
2.     elaksanaan sepenuhnya PBPPP utk 5 kumpulan tersebut pada tahun 2015.
·      Pada peringkat Penilaian Pertama yg berakhir 31 Julai 2015, seramai 423, 231 PPPP yang selesai dinilai (99.87%).

3.     YBhg. Tan Sri Dr. KSU telah meluluskan PBPPP bagi menggantikan penilaian prestasi sedia ada (21 Oktober 2015).


Video Penting Perlu Tonton:


  1. e-Operasi/e-Prestasi
  2. Takwim 2016.  Jumaat ini wajib beri tarikh bila nak taklimat di sekolah masing-masing.

Pegawai Penilai diminta menonton video ini terlebih dahulu.
Pegawai yang dinilai (PYD) dinasihatkan menonton video ini bagi memudahkan memahami peranan dan tanggungjawab.

Ketua PPD Sepang

Tuan Haji Khairi bin Bidin

Tuan Ketua PPD Sepang bersama Timbalan YDP MGBS Selangor En. Sukimin Juki dan Pengerusi MGB Sepang En Ishak Noh
Tuan Haji Khairi bin Bidin bersama kepimpinan MGB Sepang dan Selangor

Taklimat Penilaian Bersepadu PPP (PBPPP) 2016







Hari-hari terakhir Tn Hj Rasid dalam perkhidmatan awam. Jumaat ini, 6 Mei 2016  ialah majlis persaraannnya di SK Sg Rawang

26.4.16

Mesyuarat Hari Guru Daerah Sepang

Mesyuarat kali ketiga telah diadakan pada 26.4.16 di Dewan Kasturi SMK Dengkil. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn Haji Khairi bin Bidin, Ketua PPD Sepang.

Mesyuarat berikutnya akan diadakan di SMK Cyberjaya pada 5 Mei 2016 sambil membuat lawatan tapak di Masjid Fisabilillah Raja Haji.Setiap JK Kecil diminta membentangkan kemajuan kerja masing-masing.








16.2.16

Agihan Kain MGB Selangor

Majlis Guru Besar Selangor bermurah hari memberikan hadiah sepotong kain kepada semua Guru Besar Sekolah Kebangsaan sebagai tanda ingatan mesra di atas semua kerjasama dan permuafakatan yang diberikan selama ini.  Bagi daerah Sepang urusan edaran telah siap dan akan diletakkan di pigeon hole PPD mulai petang ini.

Hajah Sa'diah merupakan penerima pertama kain tersebut semalam
Kerja-kerja pelabelan sedang dilakukan
Kain untuk GB perempuan
Kain GB lelaki

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas