Cabutan daripada SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 1998
Pegawai Berprestasi Rendah
6. Pegawai berprestasi rendah adalah pegawai yang tidak dapat menyumbang ke arah pencapaian objektif Jabatan dan khususnya mereka gagal mencapai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang telah ditetapkan bersama berdasarkan tahap dan kedudukan jawatan pegawai tersebut. Pegawai seperti ini dikatakan pegawai yang tak produktif, "non performer", tidak mempunyai sikap bersungguh-sungguh, kurang berusaha dan kadangkala mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang rendah, serta mempunyai masalah peribadi dan "interpersonal relationship" baik dengan pihak pengurusan, rakan sejawat atau kakitangan bawahan.

7. Lazimnya Pegawai berprestasi rendah sepatutnya ditunjukkan dengan pencapaian LNPT pada tahap 49.99% dan ke bawah. Pegawai ini sewajarnya memperolehi pergerakan gaji statik. Secara purata, skel peratusan prestasi yang diperolehi adalah 3 atau 4 iaitu pada tahap rendah dan tidak memuaskan bagi sernua aspek penilaian; kegiatan dan sumbangan, penghasilan kerja, pengetahuan dan kemahiran, kualiti peribadi dan hubungan dan kerjasama.
Pegawai Yang Bermasalah
8. Walau pun demikian, kadang-kala seseorang pegawai itu mencapai LNPT yang melebihi 50% ke atas iaitu memperolehi pergerakan gaji mendatar, menegak atau melintang tetapi pada hakikatnya pegawai ini masih dikategorikan sebagai pegawai yang bermasalah. Pegawai dalam kategori ini boleh dilihat antaranya seperti berikut:-
- dari segi kualiti peribadi iaitu masalah dari segi hubungannya ('interpersonal relationship') dengan ketua, rakan sejawat, kakitangan bawahan dan juga dengan pelanggan dari luar. Ini disebabkan mereka ini mempunyai sikap agresif atau suka menonjolkan diri atau suka menyalahkan orang lain di samping menganggap dirinya sahaja yang betul. Permasalahan ini merangkumi aspek sikap, tingkah-laku, emosi dan nilai hidup seseorang individu itu;
- pegawai yang menghadapi masalah kesihatan mental dan fizikal, yang pada zahir/fizikal memperlihatkan seorang pegawai yang normal tetapi dalam keadaan dan masa tertentu perangai dan tingkahlakunya berubah dan sukar dikawal;
- pegawai yang lemah dari segi daya kepimpinan, membuat keputusan dan sebagainya;
- pegawai yang tidak dapat memberikan tumpuan kepada tugas hakikinya atau memberi keutamaan kepada tugas-tugasnya atau tidak dapat membawa organisasinya ke arah mencapai objektif yang telah ditetapkan;
- pegawai yang tidak dapat menghormati ketua;
- pegawai yang tidak dapat bekerja sebagai satu pasukan; atau
- pegawai yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan perkembangan semasa.
thanks sukimin for yr blog -mgb sepang.this blog is linked to http://mgbgombak.blogspot.com. the theme of mgbb sepang blog is very informative..pls do keep on stock all the prosedures ...I hope u do know me-jamilah abd rahman pernah jsdi GB sk jenderam Hilir sepang,,,I created the mgb gombak blog.. tgh discuss tema blog kami
ReplyDeleteSalam! Bagus sekali, boleh dikongsi oleh orang ramai. Good idea my dear..
ReplyDeletejadi bagaimana nak pulihkan pegawai ini?
ReplyDelete