... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

10.12.15

Mesyuarat Penyelarasan Sekolah PPD Sepang Bil 3/2015

Kali pertama Tn Hj Khairi bin Bidin mempengerusi mesyuarat bersama Guru Besar dan Pengetua. Mesyuarat berlangsung di Bilik Gemilang Puri, 10 Disember 2015

7.12.15

Mesyuarat Penyelarasan Sekolah-sekolah Daerah Sepang 3/2015

Mesyuarat Penyelarasan Sekolah-sekolah Daerah Sepang 3/2015 akan diadakan pada 10 Disember 2015. Ini merupakan kali pertama para Guru Besar dan Pengetua daerah Sepang bermesyuarat dengan PPD yang baharu tuan Haji Khairi bin Bidin.  Semoga mesyuarat berjalan lancar dan Sepang semakin maju di bawah kepimpinan beliau.


2.11.15

Selamat Datang Ke Daerah Sepang

Tn. Hj. Khairi bin Bidin

MGB Sepang mengucapkan selamat datang kepada Tn. Haji Khairi bin Bidin yang menggantikan Tn. Hj. Mat Jah bin Roslan selaku Pegawai Pendidikan Daerah Sepang.  Semoga kehadiran beliau menyemarakkan lagi semangat dan kejayaan warga Sepang.

25.10.15

Persekolahan Seperti Biasa Isnin 26 Oktober 2015

Esok semua sekolah di seluruh negara berjalan seperti biasa.

24.10.15

Alhamdulillah! Punca Kuasa Yang Dinanti Akhirnya Tiba

Pada tahun 2015, setakat ini terdapat dua perkara yang menyebabkan sekolah keliru tentang bilangan hari persekolahan yang telah mereka lalui. Perkara tersebut ialah:
1- cuti pada minggu pertama kerana banjir 2- cuti yang diberikan akibat jerebu.

Menurut Peraturan Pendidikan 1998, setiap sekolah wajib bersekolah sekurang-kurangnya 190 hari dalam setahun kalender persekolahan. Dalam peraturan ini, ia menggunakan istilah Hari Sekolah yang jelas berbeza dengan hari bekerja. 

6. Hari sekolah. 
  1. Hari sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah tidak kurang daripada satu ratus sembilan puluh hari. 
  2. Guru besar atau pengetua hendaklah mengadakan hari ganti jika dia mendapati bahawa hari sekolah bagi sekolahnya adalah kurang
Berdasarkan surat pemakluman yang dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, ia dengan jelas menyatakan "Walaupun sekolah ditutup pada hari yang berkaitan, namun hari tersebut masih dikira sebagai hari bekerja/hari persekolahan dan tidak perlu diganti." Maka dengan sendirinya semua cuti sekolah yang diberikan bersempena dengan bencana jerebu ini:
  1. dikira sebagai hari sekolah. 
  2. tidak perlu diganti (ini berikutan dalam Peraturan 10 (2) terdapat arahan ".... dan hari yang sekolah itu ditutup hendaklah diganti dengan hari yang lain."


Setelah sekian lama kekaburan di pihak sekolah mengenai bilangan hari persekolahan yang telah dilalui masing-masing


Sila baca posting ini untuk melihat missing linknya http://3.bp.blogspot.com/-VAfOqB7PW-8/VgimgZATeUI/AAAAAAAAR_8/2di08UVKYEc/s1600/FullSizeRender-789179.jpg
Sent from my iPhone

4.10.15

Sekolah Seluruh Selangor Ditutup Pada 5 & 6 Oktober 2015

Berikutan masalah jerebu yang semakin tebal melanda negara, Menteri Pendidikan telah mengarahkn semua sekolah di beberapa negeri termasuk Selangor ditutup pada 5 dan 6 Disember 2015.
Semua murid, guru, kakitangan bukan guru dan pentadbir terbabit dengan penutupan sekolah ini. Walau bagaimanapun kakitangan swasta Kebersihan Bangunan dan Kawalan Keselamatan berkerja seperti biasa. Cuti ini tidak perlu diganti.

28.9.15

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENGGAL, HARI DAN CUTI SEKOLAH) 1998*

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
 (PENGGAL, HARI DAN CUTI SEKOLAH) 
1998* 

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 130 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:

1. Nama dan mula berkuat kuasa. 
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 21 Mei 1998.

2. Pemakaian. 
Peraturan-Peraturan ini adalah terpakai bagi sekolah keraiaan dan sekolah bantuan kerajaan. 

3. Tafsiran.
Dalam Peraturan-Peraturan ini— 

  •  “guru besar” atau “pengetua” ertinya pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan untuk mengurus sekolah; 
  • “cuti peristiwa” ertinya hari yang tiada pendidikan dijalankan disebabkan oleh apa-apa perayaan atau majlis rasmi sekolah;
  •  “hari ganti” ertinya hari yang pendidikan hendaklah dijalankan di sekolah bagi menggantikan hari yang pendidikan tidak dapat dijalankan atas apa-apa sebab yang diluluskan oleh Pendaftar. 


4. Kaedah-kaedah penggal sekolah.
Kaedah-kaedah penggal sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah mendapat kelulusan Menteri. 

5. Cuti.
Sekolah hendaklah menurut semua Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Am Negeri yang diwartakan bagi negeri di mana terletaknya sekolah itu, yang jatuh pada hari sekolah semasa penggal sekolah.

6. Hari sekolah. 

  1. Hari sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah tidak kurang daripada satu ratus sembilan puluh hari. 
  2. Guru besar atau pengetua hendaklah mengadakan hari ganti jika dia mendapati bahawa hari sekolah bagi sekolahnya adalah kurang dan satu ratus sembilan puluh hari. 


7. Cuti peristiwa. 

  1. Guru besar atau pengetua dengan kelulusan Pendaftar, boleh memilih hari tertentu sebagai cuti penistiwa yang hendaklah tidak melebihi empat hari bagi mana-mana satu tahun.
  2. Cuti peristiwa itu tidak boleh diambil bagi maksud melanjutkan cuti penggal sekolah. 


8. Daftar kehadiran murid. 

  1. Kehadiran murid ke sekolah semasa hari sekolah hendaklah direkodkan dalam daftar kedatangan murid pada setiap hair yang murid itu hadir. 
  2. Nama murid yang telah bertukar atau berhenti sekolah hendaklah dibatalkan dari daftar itu pada hujung sesuatu bulan yang berkenaan. 
  3. Guru besar atau pendaftar boleh mengambil tindakan tatatertib terhadap seseorang murid yang gagal hadir sekolah bagi tempoh tiga hari berturut-turut tanpa apa-apa sebab munasabah. 


9. Pemberitahuan cuti. 
Guru besar atau pengetua hendaklah memberitahu ibu bapa murid secara bertulis mengenai hari ganti, cuti penggal sekolah dan cuti peristiwa. 

10. Kuasa menutup sekolah. 

  1. Guru besar atau pengetua mempunyai kuasa untuk menutup sekolah bagi suatu tempoh tertentu jika berlaku darurat atau bencana alam.
  2. Penutupan sekolah di bawah subperaturan (1), hendaklah diberitahu kepada Pendaftar secara lisan dan bertulis dengan seberapa segera yang praktik dan hari yang sekolah itu ditutup hendaklah diganti dengan hari yang lain. 


Dibuat 8 April 1998


**Nota:
Menteri mengeluarkan Peraturan di atas berikutan kuasa yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) seperti yang berikut (rujuk yang bertanda merah):
BAHAGIAN XIII 
PERATURAN-PERATURAN 
130. Kuasa Menteri untuk membuat peraturan. 

  1. Tanpa menjejaskan kuasanya untuk membuat peraturan-peraturan di bawah mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, Menteri boleh membuat peraturan peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
  2. Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan dalam subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau berkenaan dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut
(a) penerimaan masuk murid ke institusi pendidikan, penyimpanan daftar murid di institusi pendidikan itu, had umur dan syarat yang membolehkan murid dikekalkan belajar di sesuatu institusi pendidikan atau di dalam mana-mana kelas di institusi pendidikan itu; 
(b) tempoh penggal institusi pendidikan, hari dan waktu murid hendaklah hadir di institusi pendidikan itu dan hari yang hendaklah dijadikan hari cuti oleh semua institusi pendidikan atau mana-mana institusi pendidikan atau golongan institusi pendidikan yang ditentukan

27.9.15

Penutupan Sekolah Pada 28.9.15 Berikutan Jerebu

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengarahkan semua sekolah di Selangor ditutup pada Isnin, 28 September 2015 berikutan bacaan IPU menunjukkan Tidak Sihat (IPU 101-200) dan Sangat Tidak Sihat (IPU 201-309)




1.9.15

Selamat Bertukar

Mulai 1 September 2015, Tuan Haji Mat Jah bin Roslan akan bertukar ke PPD Hulu Langat.  Beliau berkhidmat di Sepang sejak tahun 2011 apabila bertukar dari PPD Hulu Selangor.  Sudah pasti cabaran yang lebih besar akan beliau hadapi memandangkan PPD Hulu Langat merupakan antara PPD yang mempunyai bilangan sekolah yang terbanyak di Selangor.  Namun berdasarkan kebolehan dan pengalaman beliau, MGB Sepang percaya beliau mampu membawa PPD Hulu Langat ke tahap yang lebih tinggi.

Displaying IMG_7166.JPG
Menerima surat pertukaran dari Pengarah Pendidikan Selangor
Beliau menerima surat pertukaran daripada Pengarah Pendidikan Negeri Selangor En. Zainuren Mohd. Nor di Shah Alam pagi ini.

Selamat maju jaya dan terima kasih atas segala-galanya.

UPSR 2015


UPSR pada tahun 2015 ini merupakan calon terakhir yang menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Mulai tahun 2016, calon UPSR adalah di kalangan mereka yang belajar menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

Seramai 455,929 calon akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini yang akan diadakan selama tiga hari mulai 8 hingga 10 September ini. Daripada jumlah tersebut 446,511 calon terdiri daripada calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 9,418 pula merupakan calon sekolah swasta.



Image result for upsr



Sebanyak 8,134 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan 49,655 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadual. Lembaga peperiksaan juga turut mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan, menurut kenyataan itu.

MGB Sepang mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada calon UPSR 2015.  Semoga dipermudahkan dan memperoleh kejayaan.

30.8.15

Selamat Bersara Pn. Hajah Kamaliah bt. Osman Palil

Tarikh 28 Ogos 2015 telah diadakan majlis persaraan Guru Besar SK (A) Bukit Bangkong Pn. Hajah Kamaliah binti Osman Palil di sekolahnya.  Beliau akan mengakhiri tugas dalam perkhidmatan awam Malaysia pada 31 Ogos 2015 (Isnin) yang merupakan hari ulang tahun kemerdekaan negara kita kali ke-58.  Beliau yang dilahirkan di Selangor pada hari negara kita diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957 bersara pada usia 58 tahun.

Displaying IMG_7167.JPG

Displaying IMG_7168.JPG

Displaying IMG_7169.JPG

Displaying IMG_7170.JPG

Displaying IMG_7171.JPG

Displaying IMG_7172.JPG

Displaying IMG_7174.JPG


Displaying IMG_7173.JPG

Selamat bersara Pn. Hajah Kamaliah.  Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan keceriaan berpanjangan hingga ke akhir hayat.

27.8.15

Melawat YB Shahrum di Hospital

Dengan diketuai oleh Timbalan Pengerusi MGB Sepang En. Kamsani Sahlan, seramai lima orang anggota MGB Sepang telah menziarahi YB Tuan Shahrum Dato' Haji Mohd. Sharif di Pusat Pakar UKM, Hospital Canselor Tuanku Muhriz Cheras.

Didoakan semoga YB segera sembuh dan terus memberi khidmat bakti kepada rakyat.


Dari kiri: En. Sukimin, Pn. Hajah Wan Nor fadriah, Pn. Hajah Sa'diah, En. Kamsani dan Pn. Hajah Rohaidah


Turut sama menziarahi YB ialah ADUN Kota Damansara Hajah Halimaton Saadiah Bohan





Mesyuarat AJK MGB

Mesyuarat AJk MGB Sepang telah diadakan di Dewan Makan Sekolah Seri Puteri pada 25 Ogos 2015 bagi membincangkan persiapan Majlis Jasamu Dikenang 2015 yang akan diadakan pada 2 September 2015 di Nyonya Valley, Cyberjaya.  Pada kali ini MGB akan meraikan persaraan En. Pat Yoon (SJKC Sin Min) dan Pn. Hajah Kamaliah bt. Palil Osman (SK Bukit Bangkong).  Selain itu undang juga dipanjangkan kepada Guru Besar yang telah bertukar daerah iaitu Pn. Bijealetchumy, En. Quan, Pn. Teoh dan Pn. Ooi.




Taklimat Penggunaan Borang Baharu Khidmat Kawalan Keselamatan dan Kebersihan Bangunan

Taklimat tersebut telah diadakan di Sekolah Seri Puteri pada 25 Ogos 2015 (Selasa) kepada semua Guru Besar, Pengetua dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Ia disampaikan oleh Pn. Rashidah Mohd Rais 










23.8.15

Menziarah En. Azwan Muhamad

Pada 21 Ogos 2015 MGB Sepang sempat membuat kunjungan ke rumah En. Azwan Muhamad di Dengkil yang baru menjalani pembedahan membuang apendiks.  Beliau yang merupakan pegawai di Pusat Khidmat Wakil rakyat DUn Dengkil.

Semoga beliau segera sembuh.








3.8.15

Mesyuarat AJK MGB Daerah Sepang

Mesyuarat kali ini diadakan di SK Kota Warisan...


Semoga segala yang dirancang dapat dialksanakan dengan sebaik mungkin....

29.7.15

Jadual Waktu Peperiksan UPSR 2015


Hari & Tarikh
Masa
Kertas
Selasa 
8 Sept 2015
08:15 - 09:05 pagi
011 Bahasa Melayu Pemahaman
10:05 - 11:20 pagi
012 Bahasa Melayu Penulisan
12:20 - 01:00 tengah hari
015/2 Matematik Kertas 2
Rabu 
9 Sept 2015
8.15 - 9.15 pagi
015/1 Matematik Kertas 1
Khamis 
10 Sept 2015
08:15 - 09:30 pagi
018 Sains
10:30 - 11:20 pagi
014/1 Bahasa Inggeris Kertas 1
12:20 - 01:35 tengah hari
014/2 Bahasa Inggeris Kertas 2
02:45 - 04:15 petang
013 Ujian Aptitud Tahun Enam

28.7.15

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 PPD Sepang

hari telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 peringkat PPD Sepangm di Institut Latihan Islam Malaysia, Bandar Baru Bangi.

Terdapat seramai 208 orang penerima dari sekolah rendah (SK, SJKT dan SJKC) dan sekolah menengah.  Anugerah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor Tuan Haji Mohd. Salleh Mohd Kassim yang mewakili Pengarah.
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014
Ketibaan Timbalan Pengarah yang mewakili Pengarah Pendidikan
Pengacara Majlis
Pegawai Pendidikan Daerah Sepang
Tn. Hj. Mat Jah bin Roslan

Timbalan Pengarah Pendidikan
Tn. Hj. Mohd. Salleh Mohd Kassim