... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

29.11.13

Setitik Nila: Himpunan Contoh-contoh Kes Tatatertib


Klik pada gambar buku untuk membacanya

Senarai Kes


Contoh Kes: Kes Tidak Hadir Bertugas


BAHAGIAN II 
KES - KES TATATERTIB 
  1. Tidak Hadir Bertugas Dan Tidak Mengetik Kad Perakam Waktu 
  2. Tidak Mengetik Perakam Waktu 
  3. Tidak Hadir Bertugas Dan Memalsukan Sijil Sakit 
  4. Memalsukan Sijil Sakit 
  5. Memalsukan Tandatangan Pada Sijil Sakit 
  6. Datang Lewat Tanpa Alasan Yang Munasabah 
  7. Tidak Mengikuti Kursus Pengajian Yang Ditetapkan 
  8. Membeli Kereta Daripada Syarikat Yang Mempunyai Hubungan Rasmi 
  9. Menyalahgunakan Atau Menggunakan Kedudukan Awam  
  10. Menyalahgunakan Wang PIBG 
  11. Penerimaan Hadiah / Sumbangan 
  12. Meniru Tandatangan Pegawai Atasan 
  13. Meminda Laporan Markah Prestasi 
  14. Mengemukakan Tuntutan Palsu 
  15. Menerima Wang Rasuah 131 v 
  16. Gagal Mematuhi Arahan Pertukaran 
  17. Lawatan Persendirian Ke Luar Negara Tanpa Kebenaran 
  18. Kecuaian Menyebabkan Banduan Melarikan Diri 
  19. Gagal Mematuhi Memo Pengarah Jabatan 
  20. Memecah Kecilkan Nilai Perolehan 
  21. Melanggar Arahan Perbendaharaan / Tidak Mematuhi Peraturan Kewangan 
  22. Gangguan Seksual 
  23. Menjalin Hubungan Dengan Wanita Yang Telah Berkahwin 
  24. Disabitkan Kesalahan Jenayah Khalwat Oleh Mahkamah Syariah  
  25. Kes Sabitan Jenayah (Rasuah) 
  26. Penyalahgunaan Dadah 
  27. Membawa Barang Larangan 
  28. Melakukan Kekasaran Terhadap Pesakit 

BAHAGIAN III 
KES-KES SURCAJ 
29 Kehilangan Wang Kutipan Hasil 
30 Kehilangan Komputer Riba 

BAHAGIAN IV 
KES-KES PENAMATAN PERKHIDMATAN DEMI KEPENTINGAN AWAM 
31 Terlibat Dengan Kegiatan Yang Memudaratkan Keselamatan Negara 
32 Menagih Dadah 
33 Memalsukan Kad Pengenalan Dan Sijil Kelahiran 
34 Terlibat Dengan Sindiket Menguruskan Perkahwinan 
35 Memiliki Dadah Berbahaya 
36 Pesakit Mental 
37 Mencabul Kehormatan 


Untuk memuat turun, sila klik di sini.







26.11.13

Pemilihan Guru Besar

 Pautan ke ePangkat

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan syarat baharu pemilihan Pengetua dan Guru Besar (PGB) selaras dengan aspirasi Anjakan Kelima, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap Sekolah.
Tarikh kuatkuasa syarat baharu PGB adalah mulai tahun 2014. Urusan pemangkuan bagi pengisian jawatan PGB merupakan urusan khusus dan dilaksanakan melalui Modul Penggantiaan Pemimpin Sekolah (MPPS) di bawah Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat).

Berikut ialah dua surat yang berkaitan telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan:
  1. Syarat Baharu Pemilihan Pengetua dan Guru Besar bertarikh 12 November 2013
  2. Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) ke Gred DGA34 dan Gred DGA32 bagi Mengisi Jawatan Guru Besar Tahun 2014 di Kementerian Pendidikan Malaysia Melalui Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) bertarikh 14 November 2013
URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) KE GRED DGA34 DAN GRED DGA32 BAGI MENGISI JAWATAN GURU BESAR TAHUN 2014 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MELALUI SISTEM KENAIKAN PANGKAT (ePANGKAT)
Dimaklumkan bahawa pemangkuan pemangkuan PPPLD Gred DGA32 ke Gred DGA34 dan Gred DGA29 ke Gred DGA32 (Bidang Umum, Cina dan Tamil) bagi mengisi kekosongan jawatan Guru Besar di Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2014 berikut:
Syarat-syarat Umum:
 
1.Telah disahkan dalam perkhidmatan (bagi urusan pemangkuan ke Gred DGA32 sahaja
2.mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sebanyak 85% berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terkini (2010, 2011 dan 2012);
3.Bebas dari tindakan tatatertib;
4.Telah mengisytiharkan harta;
5.Lulus tapisan keutuhan SPRM
6.Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
7.Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
 
Syarat-syarat Khusus:
1.Telah dinaikkan pangkat ke Gred DGA32 atau sekurang-kurangnya lima (5) tahun di Gred DGA29;
2.Mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu :
(a) Bidang Umum; atau
(b) Bidang Cina; atau
(c) Bidang Tamil 
3.Lulus Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) atau Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH);
4.Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Bidang / Penolong Kanan / jawatan-jawatan pentadbiran di PPD / JPN / Bahagian / IAB / IPG / KM;
5.Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun tempoh perkhidmatan sebelum bersara; dan
6.Melepasi tahap kesihatan yang memuaskan (Perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2013
 
Calon-calon yang memohon untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ke Gred DGA34 dan ke Gred DGA32 ini hendaklah memohon melalui Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) di bawah Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) di http://apps2.moe.gov.my/tls/login.php

22.11.13

Takziah Buat PPD Sepang

Pada kira-kira pukul 10.30 pagi tanggal 21 November 2013, isteri Tuan Haji Mat Jah bin Roslan, PPD Sepang telah kembali ke rahmatullah. Takziah dari seluruh warga pendidikan Sepang buat Tn. Hj sekeluarga.
Raut wajah jelas menggambarkan kesayuan yang tidak dapat ditahan
Pengarah Pendidikan Negeri Selangor; Tn. Hj. Mahmud Karim  juga turut menziarah

Pada 16 Nov 2013, wakil MGB Pn. Asma Ismail sempat menziarah Allahyarhamah sewaktu sedang di rawat di ICU HUKM

20.11.13

Visi, Misi dan Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia

VISI & MISI

Visi :

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi:

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Matlamat:


  1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  2. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera
  3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  4. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia






Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara.Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.


Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)


Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pendidikan Malaysia

Garis Panduan Penggunaan Logo

9.11.13

Mesyuarat AJK MGB Sepang

Mesyuarat AJK MGB telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana pada pukul 12 tengah hari, Jumaat 8 November 2013.


Antara perkara yang dibincangkan ialah:

  1. Mesyuarat Agung 2014
  2. Tentatif tarikh merai persaraan 2013 dan awal 2014
  3. Sokongan buku edisi khas untuk sumbangan sambutan hari guru 

Program Pemantapan dan Pengukuhan PBS Daerah Sepang

Pada hari Jumaat, 8 November 2013 MGB Sepang dengan kerjasama PPD Sepang telah mengadakan Program Pemantapan PBS di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.  Latihan telah diberikan oleh En. Lee dari One Touch Education.  

Kumpulan sasaran ialah semua guru besar setiausaha PBS sekolah-sekolah daerah Sepang.





7.11.13

Taklimat DSKP Bagi Guru-guru Besar Negeri Selangor


Pada 6 November 2013 telah diadakan taklimat mengenai Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi di Auditorium Hospitak Sungai Buluh.  Ia melinatkan Guru Besar dari empat daerah iaitu Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Gombak.






1.11.13

Kunjungan Hormat Timbalan PPD Baru

Pada 1 November 2013, 3 AJK MGB En. Sukimin bin Juki, Pn. Hajah Rohaidah Mohd. Ali dan Pn. Hajah Noredzan A. Bakar  sempat membuat kunjungan hormat kepada Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sepang yang baru, Tuan Haji  Mutalib bin Tomran.
Timbalan PPD Sepang

Beliau juga merupakan penasihat dan pegawai perantara bagi MGB dengan PPD.  Selain dari menyampaikan ucapan tahniah kepada beliau, sedikit perbincangan bagi mengadakan Program Pemantapan dan Pengukuhan PBS Daerah Sepang untuk semua guru besar dan Setiausaha PBS daerah Sepang telah dilakukan.  Persetujuan dicapai untuk mengadakannya pada 8 November 2013 di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.