... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

10.10.14

ToV UPSR 2015

Majlis Guru Besar Selangor mengambil inisiatif mengadakan peperiksaan khas untuk mendapatkan nilai awal (Take Off Value) calon UPSR 2015.  Ini bagi membolehkan strategi dirancang lebih awal bagi membantu meningkatkan pencapaian UPSR Negeri Selangor.  Bagi Daerah Sepang, tiga sekolah dijadikan pusat agihan set-set soalan untuk diedarkan kepada semua Sekolah Kebangsaan.  Sekolah-sekolah tersebut ialah:

  1. Sekolah Kebangsaan Dengkil
  2. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi
  3. Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra
Soalan-soalan ini dibina oleh guru-guru berpengalaman luas dan guru pakar bagi memastikan kualitinya dapat dipenuhi.  Terdapat lebih daripada satu set soalan yang disediakan namun ia merujuk kepada Jadual Spesifikasi Ujian yang sama.  Ini adalah untuk membolehkan sekolah mengadakan peperiksaan tersebut mengikut tarikh yang mereka kehendaki.  Walaupun set soalan sekolah tidak sama namun kualitinya tetap sama kerana merujuk JSU yang sama.

Semoga usaha kecil ini dapat membantu Negeri Selangor, Daerah Sepang dan Kementerian Pendidikan Malaysia meningkat pencapaian UPSR 2015.  Terima kasih kepada individu mahupun sekolah yang terlibat dalam urusan TOV 2015 ini sejak mula hingga tamat.

*Gambar kiriman En. Ishak Noh  bagi pusat SKTPSP, Pn. Hajah Sadiah Husin bagi pusat SKBBST dan En. Mohd. Latif Shaari bagi pusat SKD.