... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

29.6.11

Penangguhan Program Susu 1Malaysia (PS1M)

Di atas nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah mengarahkan penangguhan program tersebut berkuatkuasa serta-merta.

Bil(32)JKNS/KA/EPID/732/01/01 Jld.3 bertarikh 24 Jun 2011
JPNS/HEM/600-5/4  Jld. 2 (15) bertarikh 24 Jun 2011
PPDS/PPK/A41999/04/01/02/004 Jld. 3 bertarikh 27 Jun 2011

LINUS: Saringan 5 (Kohot 1) & Saringan 2 (Kohot 2)


SARINGAN LINUS Kohort 1 (2010)/Kohort 2 (2011)
PERHATIAN :
Tarikh pelaksanaan Saringan 5 dan Saringan 2.
Lisan : 19 Jun - 22 Julai 2011
Bertulis : 24 Julai - 29 Julai 2011

  1. Data hendaklah diisi mengikut format yang telah disediakan.  Sila tandakan berdasarkan penguasaan individu walaupun telah berada di aliran perdana.  Jumlah bilangan murid harus JUMLAH SEBENAR  yang ada dalam kelas tersebut.
  2. Kemasukkan data hanya dari 01 Ogos - 12 Ogos 2011
  3. Sila kemaskini semua maklumat yang berkaitan contoh maklumat guru, murid LINUS PERDANA dan berkaitan.
  4. Sila maklumkan kepada JPN maklumat bagi sekolah kurang murid.
  5. SEMUA SEKOLAH MESTI KEMASKINI WALAUPUN SEMUA MURIDNYA SUDAH DI ALIRAN PERDANA

PENGISIAN DATA LINUS: 1 - 12 Ogos 2011


  1. Data hendaklah diisi mengikut format yang telah disediakan.  Sila tandakan berdasarkan penguasaan individu walaupun telah berada di aliran perdana.  Jumlah bilangan murid harus JUMLAH SEBENAR  yang ada dalam kelas tersebut.
  2. Kemasukkan data hanya dari 01 OGOS - 12 OGOS 2011
Segala masalah sila hubungi FasiLINUS daerah masing-masing atau Unit NKRA.
Petikan dari laman web NKRA pada 29 Jun 2011

e-Pangkat

Sistem Naik Pangkat atau e-Pangkat merupakan satu sistem aplikasi dalam talian yang berintegrasi dan komprehensif bagi melaksanakan proses pemangkuan, pertukaran jawatan kenaikan pangkat dan memantau serta mengemaskini data-data kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).


Pada masa ini semua maklumat peribadi guru telahpun dimasukkan ke dalam pangkalan data sistem tersebut. Namun maklumat-maklumat lain seperti Maklumat Pengisytiharan Harta, PTK, Akademik dan lain-lain lagi (rujuk rajah di bawah) masih belum diisi.  Oleh itu setiap sekolah dikehendaki memastikan Pembantu Tadbir memasukkan butiran-butiran lain tersebut seperti tarikh lantikan, tarikh pengisytihatan harta dan lain-lain.  Namun pengisian maklumat prestasi akan dilakukan oleh JPN.  Selepas PT mengemaskinikan maklumat-maklumat tersebut, Penolong Kanan (Pentadbiran) akan menyemaknya sebelum Guru Besar  mengesahkannya.


Nombor Kad Pengenalan:XX0124-XX-XX64
Nama: SYARIFAH NOORIZAN BT MOHD ISA

Maklumat PeribadiMaklumat Akademik
Maklumat Pengisytiharan HartaMaklumat Pengalaman Kerja
Maklumat PTKMaklumat Prestasi
Maklumat Prestasi Khas
Maklumat Peminjam TegarMaklumat Keutuhan SPRM
Maklumat Perkhidmatan
AKS / 
CUTI /
PPPLD/PPPS
Maklumat Tindakan
Tempoh Cubaan Berdenda /
Tatatertib
Penilaian bagi laluan cemerlang

Bagi semua guru, pastikan semua maklumat diri anda dikemaskini agar apabila iklan kenaikan pangkat dikeluarkan tidak akan timbul masalah untuk mengisi borang permohonan ini secara online.

Mesyuarat Penyelarasan Kurikulum Daerah Sepang 2/2011

Mesyuarat telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama PPD Sepang pada 28 Jun 2011 (Isnin) dengan dipengerusikan oleh PPD yang baru iaitu Tuan Haji Mat Jah bin Roslan.

15.6.11

Mesyuarat Pengurusan

Hari ini berlangsung mesyuarat tersebut di Bilik Mesyuarat PPD Sepang. Ia pertama kali dipengerusikan oleh PPD yang baru Tn. Hj. Mat Jah bin Roslan.

11.6.11

Mesyuarat Agung MGB Sepang

Mesyuarat Agung MGB Sepang kali ke-18 telah diadakan pada 31 Mei 2011 (Selasa) di Nilai Springs Resort Hotel. Majlis telah dirasmikan oleh mantan Tuan PPD Sepang - Tn. Hj. A. Rahman bin Hj. Ngit. Laporan AGM dan senarai AJK MGB Sepang sesi 2011 / 2013 sila klik di sini.