... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

17.12.10

Penarafan Kendiri Sekolah Berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (PKS-SKPM)

Melalui surat dari Pejabat Ketua Pengarah pelajaran Malaysia KP(JNJK)1100/4/C (38) bertarikh 2 Disember 2010 telah meminta semua sekolah melaksanakan PKS-SKPM berdasarkan pencapaian sekolah tahun 2010. Sehubungan itu, pihak sekolah perlu mengisi keputusan PKS-SKPM secara online di laman sesawang www.moe.gov.my/nkra di antara 15 hingga 21 Disember 2010 bagi sekolah rendah.
Pihak sekolah diminta untuk melaksanakan PKS-SKPM dengan telus dan teliti agar keputusannya dapat menggambarkan prestasi sekolah dengan tepat.
Penggunaan SKPM yang bari iaitu SKPM 2010 untuk penilaian tahun 2011 akan dimaklumkan kemudian.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC): Panduan

KPM telah mengeluarkan garis panduan tersebut melalui surat KP(PP)SULIT 0022/84/3 Jilid 14(4) bertarikh 8 November 2010.

APC diberi kepada anggota Perkhidmatan Awam yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang. Perkhidmatan cemerlang adalah perkhidmatan yang diberikan oleh seseorang Anggota Perkhidmatan Awam yang mutu atau penghasilannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya.

Dasar ini dilaskanakan melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 2002 iaitu Garis Panduan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam. Bahagian Sumber Manusia (BSM) selaku Bahagian yang bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan dasar ini telah mengeluarkan Garis Panduan Pemilihan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pelajaran. Ia disediakan berdasarkan:
  1. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 2002 iaitu Garis Panduan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam
  2. Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 tahun 2002 mengenai Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan (panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi Anggota Perkhidmatan Awam)


Kriteria Pemilihan Penerima APC

A. Kriteria Umum

  1. Lantikan tetap, sementara ataupun kontrak oleh mana-mana pihak berkuasa melantik (spt SPP, SPA)
  2. telah berkhidmat genap setahun pada hari terakhir tahun penilaian
    telah memberi sumbangan kepada organisasi, perkhidmatan awam, komuniti, daerah, negeri, negara dan peringkat antarabangsa
  3. memperolehi markah sekurang-kurangnya 85%

B. Kriteria Tambahan

  1. bebas tindakan tatatertib/SPRM/mahkamah pada tahun yang dipertimbang
  2. mempunyai rekod kehadiran bertugas yang bersih
  3. tidak pernah menerima APC tiga tahun ke belakang
  4. bagi guru di sekolah:
    - pencapaian dalam P&P
    - pencapaian kokurikulum
    - bebas teguran audit

Faktor bangsa, gender dan lokasi tempat bertugas (bandar/luar bandar dan pedalaman) juga boleh diambilkira

Bilangan penerima APC tidak melebihi 8% daripada jumlah anggota yang berkhidmat pada 31 Disember tahun penilaian berkenaan. GSTT, GST, Guru Praktikum (j-QAF) tidak boleh diambilkira dalam pengiraan keseluruhan anggota kerana mereka belum lagi dilantik.

3.12.10

Sepintas lalu tugasan sepanjang cuti ini

Dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada Tahun 1 mulai sesi persekolahan 2011, sudah pasti Guru Besar perlu bekerja keras untuk memahami, menghayati dan melaksanakan dasar baru tersebut. Sebagai sesuatu yang baru sudah pasti masih banyak perkara yang kabur sama ada kerana tertinggal sewaktu dalam perancangan mahupun terdapatnya kekangan dalam melaksanakannya. Namun itu semua bukan menjadi alasan untuk kita terus menjalankan tugas dan tanggungjawab.
Dalam pada itu, jangan lupa perkara-perkara yang perlu kita selesaikan sebelum menjelangnya tahun baru. Antara lain ialah:
  1. Penyediaan Laporan Nilaian Prestasi diri sendiri, PK, guru dan staf
  2. Pengisian SKPM
  3. Membuat sokongan terhadap Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) secara online mulai 25 Disember 2010 hingga 7 Januari 2011 di laman sesawang http://apps.moe.gov.my/main/main_sokongan.cfm/kdp Guru Besar tidak perlu mendaftar katalaluan, nama pengguna dan katalaluan adalah kod sekolah masing-masing. Selepas log masuk, sebaiknya tukar katalaluan tersebut
  4. Menerima buku-buku teks termasuk buku baru untuk KSSR Tahun 1
  5. Menyediakan jadual waktu - pastikan pecahan masa dan agihan harinya mengikut seperti yang disarankan oleh KPM. Misalnya subjek bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 perlu pecahan masa 3, 2, 2, 3 dan mengikut susunan tersebut di dalam jadual waktu. KPM mencadangkan agar ia disusun dari hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. 3 masa yang pertama tersebut perlu dikhususkan untuk Listening & Speaking, 2 masa yang berikutnya untuk Reading, 2 masa lagi untuk Writing dan 3 masa terakhir pula untuk Language Art. Hari Jumaat guru-guru BI Tahun 1 ini dicadangkan agar berbincang tentang penyediaan bahan P&P untuk minggu berikutnya.
  6. Membuat sesi orientasi guru-guru baru (jika sama seperti tahun lepas)
  7. Menyediakan takwim 2011. Jangan lupa untuk tetapkan tarikh sukan mengikut seperti yang diarahkan dalam surat arahan baru-baru ni. Pastikan juga bilangan aktiviti pada hari Sabtu memenuhi surat arahan dari KPPM. Jangan lupa untuk rancang pengambilan Cuti Perisitiwa dan Cuti Sekolah Ganti - rujuk siaran KPPM.
  8. Touch points Menteri Pelajaran
  9. Semak NKRA
  10. Bayaran Tambahan - mohon kebenaran dari ke JPN melalui PPD (permohonan perlu sampai ke PPD pada 6 Disember 2010 jam 9.30 pagi). Jangan lupa sertakan minit mesyuarat PIBG yang meluluskan amaun kutipan, maklumkan kepada ibubapa, sediakan dokumen untuk urusan pengutipan bayaran ini (seperti buku resit, borang dsb)
  11. Dokumen kewangan 2011 adalah yang baru. Kalau masih berbaki masih boleh digunakan yang lama. Kepada yang dah habis stok, pastikan beli keluaran yang terbaru.

Jamuan Hi-Tea 'Jasamu Dikenang'

Jamuan Hi-Tea aini diadakan sempena meraikan persaraan rakan-rakan kita sepanjang tahun ini. Ia akan diadakan di Concorde Inn KLIA pada 30 Disember 2010 (Khamis) jam 2.30 petang.

Sila hubungi Pn. Rohaidah bt. Mohd. Ali selewat-lewatnya pada 15 Disember 2010 untuk membuat pengesahan. Segala urusan pembayaran hendaklah dibuat melalui bendahari En. Pat Yoon.