... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

15.2.18

Ziarah Guru Besar

Pada 12 Februari 2018 yang lalu, MGB Sepang dan MGB Selangor telah memulakan Program Ziarah di bawah slogan MGB Selangor, BOMS  ke rumah Pn Hajah Wan Nor Fadriah, Guru Besar SK Dato' Abu Bakar Baginda. Beliau yang masih bercuti selama 3 bulan selepas menjalani pembedahan.

Ziarah tersebut juga sempat disulami bacaan doa selamat yang diketuai okeh Ustaz Azami serta penyampaian sumbangan dari MGB Selangor. Didoakan semoga Pn. Hajah Wan segera sembuh dan kembali bertugas seperti sediakala.

Terima kasih kepada rakan Guru Besar Pn. Norma, Ustaz Royahan, En. Ishak Noh (Pengerusi MGB Sepang) dan Ustaz Azami yang hadir bersama yang Dipertua MGB Selangor En. Sukimin bin Juki. 













Sent from my iPhone

Taklimat Penyelarasan Program Menjulang Akademik Sepang

Taklimat pada 13 Februari 2018 berlangsung di Bilik Kayangan Budi PPD Sepang dengan dipengerusikan oleh KPP Pengurusan Akademik En Mohd Alias Awang.