Keguruan Sebagai Satu Profesion
“Mengajar ialah pekerjaan profesional. Tugas yang dilakukan oleh guru adalah bersifat intelektual, memerlukan amalan pertimbangan yang konsisten, tidak boleh disamarata atau dirutinkan, dan menuntut persediaan yang berpanjangan melalui pendidikan.”
- Janet A. Weiss (1989)
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) mempunyai sebanyak sepuluh jenis laluan pemangkuan dan kenaikan pangkat. Daripada 10 laluan ini, pemangkuan dan kenaikan pangkat laluan hakiki mempunyai 4 jenis laluan, tiga untuk Laluan Cemerlang, dua jenis laluan Time-based dan satu Laluan Khas untuk Guru Besar ex-PPPLD Khas untuk Penyandang (KUP).
Sementara bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD), terdapat lima jenis laluan dan kenaikan pangkat iaitu satu laluan hakiki, tiga jenis laluan bagi Laluan Cemerlang dan satu Laluan Time-based.
Kenaikan pangkat secara Time-based Khas Untuk Penyandang (KUP)
Di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuatkuasa pada tahun 2002, guru akan diberi kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan mereka. Seorang guru yang berada pada gred DGA29 akan menikmati kenaikan pangkat ke gred DGA32 setelah berkhidmat bagi tempoh 10 tahun. Begitu juga dengan guru yang berada pada gred DG41 dan telah berkhidmat selama 10 tahun akan menerima kenaikan pangkat secara time-based pada gred DG44

Laluan Cemerlang
Berliner (1988) telah mengemukakan model lima peringkat perkembangan guru yang memberi fokus terhadap pemikiran guru berdasarkan tingkah laku guru dalam bilik darjah. Model perkembangan Berliner (1995) mentafsir perkembangan guru sebagai “satu proses menuju ke arah pembentukan guru untuk mencapai tahap kepakaran dan kecemerlangan” (Sani dan Norzaini, 2007). Peringkat perkembangan dalam Model Berliner adalah seperti berikut:
Peringkat 1 – Peringkat permulaan atau novice
Guru novis mempelajari fakta dan menimba pengalaman serta diajar peraturan umum yang dikatakan sesuai untuk semua konteks;
Guru novis mempelajari fakta dan menimba pengalaman serta diajar peraturan umum yang dikatakan sesuai untuk semua konteks;
Peringkat 2 – Peringkat lebih maju atau advanced beginner
Guru yang mempunyai pengalaman mengajar selama dua atau tiga tahun. Pengalaman dan konteks masalah mula membimbangi dan mempengaruhi tingkah laku guru
Peringkat 3 – Peringkat cekap atau competent
Guru mampu membuat pilihan secara sedar tentang tindakan, membuat keutamaan dan membuat perancangan. Berdasarkan pengalaman yang diperoleh, guru menjadi lebih peka terhadap perkara yang penting atau remeh . Namun, kemahiran mengajar masih lagi kaku dan tidak fleksibel;
Peringkat 4 – Peringkat mahir atau proficient
Terdiri daripada guru yang berpengalaman mengajar selama lima tahun. Guru boleh mengesan maklumat yang wujud dalam semua konteks dan situasi serta mampu membuat ramalan tentang sesuatu kejadian dengan cepat; dan
Peringkat 5 – Peringkat pakar atau expert
Bukan semua guru mampu untuk mencapai tahap ini. Pengajaran guru adalah lancar dan segala tugas dapat dilaksanakan dengan mudah.
Bukan semua guru mampu untuk mencapai tahap ini. Pengajaran guru adalah lancar dan segala tugas dapat dilaksanakan dengan mudah.
Menurut model ini, seseorang guru perlu melalui beberapa peringkat dalam kerjayanya sebelum ia dapat mencapai ke tahap kepakaran atau kecemerlangan.
Urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Laluan Cemerlang PPPS terdiri daripada tiga jenis laluan iaitu Pengetua Cemerlang, Pegawai Cemerlang dan Guru Cemerlang. Sementara Laluan Cemerlang PPPLD pula ialah Guru Besar Cemerlang, pengelola Cemerlang dan Guru Cemerlang.
Pengetua Cemerlang dan Pegawai Cemerlang boleh mencapai sehingga ke JUSA C sementara bagi Guru Cemerlang PPPS pula Khas C. Guru Besar dan Pengelola Cemerlang boleh meningkat sehingga gred DGA38 sementara Guru Cemerlang PPPLD pada gred DGA34.
Sumber: Laluan Kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (KPM), 2009
No comments:
Post a Comment