... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

30.12.13

Selamat Bersara Tn. Hj. Jaludin

Tn. Hj. Jaludin bin Buang; GB SK Sg. Pelek, Sepang akan bersara pada 2.1.2014 nanti. Atas semangat setiakawan, beberapa orang GB mewakili MGB Daerah Sepang telah membuat lawatan mesra mengunjungi Tn. Hj. Jaludin di sekolah beliau pagi tadi. Para "delegasi" terdiri daripada En. Sukimin, En. Kamsani, En. Zanudin, Pn. Rohaidah dan Pn. Kamalia. Terima kasih atas layanan yang diberi. Semoga Tn. Hj akan diberi kesihatan berpanjangan serta berbahagia di samping keluarga tercinta. Selamat Bersara Tuan Hj. Jaludin!
Bergambar di pejabat GB SK Sg. Pelek
Terima kasih atas jamuan yang disediakan
Pemangku YDP MGB Daerah Sepang; En. Sukimin Juki menyampaikan sijil penghargaan dari MGB Negeri Selangor
 Bergambar kenangan

28.12.13

Majlis Penyampaian Sumbangan Insentif Kepada Pelajar Cemerlang UPSR 2013

YB Shahrum bin Dato' Hj Mohd Sharif, ADUN Kawasan Dengkil telah menyempurnakan majlis tersebut yang berlangsung hari ini, 28.12.13 di SK Dengkil. Seramai 260 orang murid dari 19 buah sekolah telah menerima insentif ini yang ditaja oleh Yayasan Sepang. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pegawai Pendidikan Daerah Sepang; Tn Hj Mat Jah bin Roslan, Pengerusi Yayasan Sepang; Dato' Hj Sharif bin Jajang dan mantan PPD Sepang; Tn Hj Zainal Sahid.

Dalam ucapan YB, beliau merancang untuk membantu meningkatkan kecemerlangan akademik DUN Dengkil. Buat permulaan dua program akan dilaksanakan iaitu "Keluarga Q Keluargaku" dan program Memperkasa Kecemerlangan UPSR 1Malaysia (Merkuri).
 
 Ucapan Dato' Sharif Jajang - Pengerusi Yayasan Sepang - penyumbang sumbangan hari ini
 Antara GB yang hadir
 Ucapan PPD Sepang - Tn. Hj. Mat Jah b. Roslan
 Ucapan YB. Tuan Shahrum
Terima kasih atas insentif yang diberi

18.12.13

Mesyuarat Penyelarasan Sekolah/PPD Daerah Sepang Tahun 2013

Tarikh: 18 Disember 2013 (Rabu)
Tempat: PPD Sepang
Pengerusi: Tuan Haji Mat Jah bin Roslan (PPD Sepang)