... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

21.4.22

PERTUKARAN SETARA DAN PELANTIKAN BAHARU PGB

MGB Sepang kehilangan sahabat GB Cemerlang, Encik Hellmy bin Yusof @ Hj Idris, Guru Besar SK Taman Pantai Sepang Putra yang mendapat Arahan Pertukaran ke daerah asal beliau iaitu Daerah Hulu Selangor mulai 21 April 2022. Beliau telah bertukar ke SK Kalumpang di dalam Daerah Hulu Selangor. Kami barisan MGB Sepang mengucapkan selamat maju jaya kepada Encik Hellmy di tempat baharu. Kami juga mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan kepada MGB Daerah Sepang sepanjang berkhidmat di Daerah Sepang

                                                    Menerima AP daripada Timbalan Pengarah
                                                               Sektor Pembelajaran JPNS

Dalam masa yang sama, MGB Sepang mengalu-alukan pelantikan baharu yang mengisi kekosongan di SK Taman Pantai Sepang Putra iaitu Ustaz Mohd Fazli bin Abdul Manaf. Ustaz Mohd Fazli akan memulakan tugas sebagai Guru Besar di SKTPSP bermula pada 21 April 2022. Kami, MGB Sepang mengalu-alukan kehadiran Ustaz Mohd Fazli ke dalam keluarga kecil MGB Sepang. Semoga dengan kehadiran Ustaz dapat memberikan kekuatan kepada MGB Sepang dalam mendepani Era Pendidikan yang penuh mencabar ini.

Menerima Surat Pelantikan dan arahan sebagai Guru Besar
daripada Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran JPNS



Melapor diri kepada Tuan KPPD Sepang



29.3.22

PELAKSANAAN AKTIVITI SUKAN DAN KOKURIKULUM SECARA BERSEMUKA DALAM KAWASAN SEKOLAH BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 

PELAKSANAAN AKTIVITI SUKAN DAN KOKURIKULUM SECARA BERSEMUKA DALAM KAWASAN SEKOLAH BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA





KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN,KEMUDAHAN &BAYARAN KERANA MENJALANKAN TUGAS RASMI

KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN,KEMUDAHAN &BAYARAN KERANA MENJALANKAN TUGAS RASMI



 

PENATARAN TADBIR URUS SEKOLAH RENDAH KPM MySG KEPADA SEMUA GURU BESAR DAN GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Tanggal 29 Mac 2022 bersamaan hari Selasa yang indah telah diadakan satu sesi Penataran Tadbir Urus Sekolah Rendah KPM MySG kepada semua Guru Besar dan Guru Penolong Kanan bagi memberikan pencerahan berkaitan satu pengurusan yang cekap dalam pendidikan di bawah lembayung KPM. Taklimat ini adalah kerjasama antara pihak PPD Sepang dan MGB Sepang bagi membuat suatu reformasi dalam pengurusan pendidikan agar menjadi entiti KPM yang terus cemerlang mengorganisasikan pengurusan di sekolah dengan cekap. Julung kalinya sesi taklimat kali ini dibuat secara Hybrid disebabkan kekangan tempat taklimat tetapi ia bukanlah suatu halangan bagi pihak MGB dan PPD Sepang juga. 

Dalam ucaptama tuan KPPD, Tuan Ishak bin Abdullah menekankan bahawa suatu reformasi pendidikan harus dilakukan di peringkat sekolah agar sebuah organisasi sistematik terbentuk dan sistem pentadbiran dan pengurusan dalam berjalan dengan dinamika yang unggul. Penceramah jemputan pada pagi ini merupakan seorang yang sangat arif berkaitan MySG ini iaitu Encik Sukimin bin Juki. Beliau merupakan fasilitator dalam menyiapkan buku MySG ini. Peserta taklimat telah menerima input yang sangat berguna dan bermanfaat sepanjang taklimat dijalankan.

Pihak MGB melalui Pengerusi MGB Sepang, Puan Norlaili binti Mohd Noor berharap dengan sesi taklimat kali ini dapat memberikan pencerahan kepada semua barisan pentadbir di peringkat sekolah agar dapat berjalan dengan sistematik dan mempunyai hala tuju yang sama antara semua sekolah di bawah lembayung KPM. 
























2.3.22

BENGKEL PROFESIONALISME GURU BESAR, MAJLIS GURU BESAR DAERAH SEPANG






BENGKEL PROFESIONALISME GURU BESAR, MAJLIS GURU BESAR DAERAH SEPANG (2 MAC 2022 - Hari ketiga)

 Bengkel Profesionalisme Guru Besar Daerah Sepang diteruskan buat hari ketiga. Hari ini agenda utama ialah sesi refleksi bengkel dan Sesi Bersama Pegawai-pegawai PPD Sepang.

1. Refleksi Bengkel

    Sesi refleksi telah dipengerusikan oleh Encik Md Latiff dengan membincangkan kebaikan dan kelemahan sepanjang Bengkel dilaksanakan.








2. Sesi Bersama Pegawai-pegawai PPD Sepang

    Pegawai-pegawai utama PPD Sepang telah hadir bagi sesi bersama antara MGB Sepang dan PPD Sepang berkaitan semua isu-isu pendidikan terkini.








Secara keseluruhannya, Bengkel Profesionalisme Guru Besar Daerah Sepang berjaya dilaksanakan dengan cemerlang. Tahniah kepada semua Guru Besar Daerah Sepang yang sangat komited dan konsisten dengan kebersamaan MGB Sepang.

1.3.22

BENGKEL PROFESIONALISME GURU BESAR, MAJLIS GURU BESAR DAERAH SEPANG (1 MAC 2022 - Hari kedua)

 Bengkel Profesionalisme Guru Besar Daerah Sepang diteruskan untuk hari kedua. 

1. Lawatan ke Kebun Buah Naga HL Sepang. Pelbagai pembelajaran baru yang diterima melalui lawatan ini. Pengalaman baharu yang sangat mengujakan


























2. Lawatan menyusuri Sungai Sepang Besar melalui Jeti Sirip Biru yang sangat mengujakan semua ahli. Pengalaman bermakna bagi semua ahli


















3. Lawatan Ke Kilang Kerepek di kawasan Kampung Bukit Bangkong. Pelbagai jenis kerepek, kacang dan kuih muih terdapat di situ.










4. Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Guru Besar Daerah Sepang Kali Ke-29

















5. Majlis Makan Malam Dan Tautan Kasih Sanjungan Budi 
    Bagi meraikan rakan Guru Besar yang telah bersara dan bakal bersara beberapa hari lagi. Sepanjang majlis berjalan terpapar kegembiraan dan kebersatuan antara ahli MGB Selangor