... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

8.7.13

Seminar Pendidikan Kebangsaan

Pada 5 dan 6 Julai 2013 (Jumaat) telah diadakan Seminar Pendidikan Kebangsaan anjuran Kongres Kesatuan Guru-guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia di Dewan Utama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Tuan Haji Ameruddin dan Datuk Haji Jemale Paiman

Sebanyak 4 kertas pendidikan dibentang dan dibahas.  Tiga orang jemputan utama ialah Y.Bhg Dato' Haji Sufaat bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tuan Haji Ameruddin bin Adam Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Dato' Haji Omar bin Osman Presiden CUEPACS.

MGB Sepang yang dijemput untuk hadir pada 5 Julai 2013 diwakili oleh Pn. Hajah Rohaidah Mohd. Ali, Puan Hajah Noredzan bin A.Bakar dan En. Sukimin bin Juki.

YDP MGB Selangor En. Abdul Aziz Mohamed turut hadir

Hajah Rohaidah dan Hajah Noredzan sedang khusyuk mendengar pembentangan



No comments:

Post a Comment