... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

13.8.10

PERATURAN MENGENAI KEBENARAN UNTUK MENINGGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA DI BAWAH PERINTAH AM PERATURAN 5 BAB 5 - MEMATUHI WAKTU BEKERJA

Sila rujuk JPA(SARAAN)(S)1619 Klt. 16 (7) bertarikh 9 Disember 2010
PERATURAN MENGENAI KEBENARAN UNTUK MENINGGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA DI BAWAH PERINTAH AM PERATURAN 5 BAB 5 - MEMATUHI WAKTU BEKERJA

Ringkasan:

  1. Kalau mahu keluar dari premis pejabat/sekolah, perlu dapatkan kebenaran Pegawai Penyelia (PP) terlebih dahulu. Kalau di sekolah, PP ialah Guru Besar.
  2. Biasanya terdapat borang khas yang disediakan oleh pengurusan masing-masing bagi tujuan Keluar dengan Kebenaran (KdK) ini. Kebenaran boleh diberi bagi urusan persendirian pegawai yang terpaksa dilakukan dalam waktu bekerja. Namun sekiranya urusan kerja tersebut boleh dibuat secara online, maka tidak perlu keluar.
  3. PP boleh menggunakan budi bicaranya sma ada untuk melulus atau menolak permohonan tersebut setelah mengambil kira kepentingan perkhidmatan pada waktu tersebut.
  4. Tempoh maksimum KdK ialah 4 jam atau separuh daripada waktu bekerja sehari yang ditolak waktu rehatnya, mana yang lebih rendah.
    Sebagai contoh:
    Waktu bekerja - 7.30 pagi hingga 4.30 petang (9 jam)
    Waktu rehat 1.00 - 2.00 petang (1 jam)
    Oleh itu tempoh waktu kerja sebenar ialah 9 jam - 1jam = 8 jam.
    Separuh daripada 8 jam ialah 4 jam.
    Jika guru, waktu bekerja ialah 7.30 pagi hingga 1.15 petang (5 jam 45 minit). Rehat 20 minit. Jadi waktu bekerja ialah 5 jam 45 minit - 20 minit = 5 jam 25 minit. Separuh daripadanya ialah 2 jam 42.5 minit atau jika digenapkan menjadi 3 jam.
  5. Jika seseorang itu keluar melebihi dari tempoh maksimum yang dibenarkan, pegawai dikehendaki mengambil Cuti Rehat atau cuti lain yang dia berkelayakan
  6. Jika dapatkan rawatan untuk diri sendiri di klinik/hospital, perlu kemukakan time slip atau dokumen pengesahan lain dari doktor
  7. Jika dapat MC, tempoh keluar tersebut dianggap Cuti Sakit
  8. Walau bagaimanpun PP boleh menetapkan pegawai yang mendapat KdK tersebut menggantikan semula tempoh waktu bekerja.
  9. PP perlu memastikan kemudahan ini tidak disalahgunakan dan perlu mengawal dari segi kekerapan penggunaannya.
Dalam Mesyuarat Pengurusan Sektor TKSU (Pengurusan), Kementerian Pelajaran Malaysia (klik di sini) telah memutuskan untuk membenarkan seseorang pegawai keluar sebanyak 2 kali sebulan dengan tempoh masa maksimum 3 jam. Sekiranya melebihi 3 jam, pegawai dikehendaki memohon Cuti Rehat.

Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam

Fakta 1
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 2005 menetapkan bahawa semua anggota perkhidmatan awam perlu menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari setahun. Setiap anggota perlu menghadiri kursus anjuran Kementerian masing-masing untuk memenuhi keperluan ini.

Fakta 2
Mesyuarat Majlis Latihan Sektor Awam pada 18 Ogos 2008 bersetuju menggunapakai Blended approach yang mengkategorikan program latihan kepada tiga iaitu:
  1. Latihan - 6 jam berterusan bersamaan 1 hari dan minimum 2 hari setahun
  2. Sesi pembelajaran - 6 jam dikumpul bersamaan 1 hari dan terhad kepada 30 jam terkumpul iaitu bersamaan 5 hari
  3. Pembelajaran kendiri - maksimum 3 hari setahun iaitu bersamaan 3 pembentangan setahun

Kaedah ini tidak menghadkan latihan-latihan berbentuk face to face anjuran KPM. Buku log latihan hendaklah disediakan untuk setiap anggota.

Latihan berbentuk kursus, seminar dan bengkel anjuran Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri dan PPD yang dihadiri guru-guru boleh diambilkira untuk memenuhi dasar latihan 7 hari ini.

Kategori Latihan:

Latihan

  1. Kursus
  2. Seminar
  3. Konvensyen
  4. Bengkel/workshop
  5. Forum
  6. Simposium
  7. Kolokium
  8. Lawatan rasmi/korporat/sambil belajar
  9. Klinik kaunseling

Sesi Pembelajaran

  1. Sesi pembelajaran PTK
  2. Sesi pembelajaran di peringkat Kementerian/jabatan, bahagian, cawangan dan seksyen
  3. Sesi perkongsian ilmu di peringkat Kementerian/jabatan, bahagian, cawangan dan seksyen
  4. Program Executive Talk anjuran INTAN atau program seumpamanya
  5. Perhimpunan Bulanan Kementerian/jabatan, bahagian, cawangan dan seksyen
  6. Program penerapan nilai-nilai murni dan ceramah-ceramah khas pada bulan Ramadhan
  7. Program sambutan bulan-bulan Islam atau perayaan yang mengandungi ucapan/ceramah/forum
  8. Pertemuan mentor dan mentee
  9. Sesi perbincangan/perkongsian idea Pengurusan Tertinggi/Tetmu Jemputan Khas; pembentangan ketas kerja di seminar, konvensyen, simposium, persidaangan
  10. Sesi kaunseling persidangan
  11. Menyampaikan ceramah di dalam kursus/bengkel (Modul yang pertama kali dibentangkan atas tajuk yang sama saja diambil kira)

Pembelajaran Kendiri

  1. Penggunaan portal e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) - http://www.epsa.intan.my/
  2. Penggunaan portal e-Pembelajaran yang diiktiraf oleh Jabatan/Kerajaan
  3. Penggunaan Pangkalan Resipotori Ilmu Sumber Manusia (PRISMA-HRMIS)
  4. Pembacaan buku-buku ilmiah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (buku biasa/bentuk fizikal atau e-book) dan
  5. Pembacaan Jurnal Ilmiah/Laporan/Kajian dan lain-lain bahan ilmiah secara fizikal atau maya (virtual). Sebaiknya bahan yang ingin dibentangkan mendapat persetujuan pegawai penyelia

Pembelajaran Kendiri

  1. Pembacaan buku/bahan ilmiah
  2. Satu sesi pembentangan perlu diadakan diperingkat Kementerian/Jabatan, Bahagian, Cawangan atau Seksyen. Sesorang pegawai di peringkat sekurang-kurangnya Ketua Penolong Pengarah/KPSU atau Pegawai Pengesah Latihan (PSL) perlu hadir sebagai penyelia. Setiap pembentangan diiktriraf sebagai satu hari berkursus
  3. Pembelajaran kendiri terhad bersamaan 3 hari berkursus iaitu 3 kali pembentangan
  4. Pegawai yang mengikut kursus yang ditawarkan oleh EPSA mereka tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan bagi setiap modul. Pegawai yang telah mengikuti kursus dengan jayanya akan diiktiraf menghadiri kursus tertakluk kepada pihak penganjuur (INTAN)

Petikan dari http://www.nutp.org/malay/images/berita/dasar%20latihan.pdf

Ada maklumat terkini mengenai pengecualian pembentangan, tapi belum sempat nak kemaskini.....sori