... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

30.11.10

e-Penyata Gaji

Rujukan: Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil 3 Tahun 2010

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah membangunkan Sistem ePenyata Gaji dan ePenyata Pendapatan Tahunan. Sistem ini adalah bagi memberi kemudahan kepada:

Penjawat awam untuk:
i. Menjana dan mencetak Penyata Gaji Bulanan
ii. Menjana dan mencetak Penyata Pendapatan Tahunan

Sehubungan itu, Pejabat Perakaunan tidak akan mencetak dan mengedarkan Penyata Gaji Bulanan dan Penyata Pendapatan Tahunan mulai Oktober 2010. Pejawat Awam dikehendaki mendapatkan maklumat-maklumat tersebut dengan mendaftar di laman web www.anm.gov.my

Cara Mendaftar:

1. Layari laman web Jabatan Akauntan Negara di http://www.anm.gov.my/
2. Klik e-PENYATA GAJI
3. Klik Pertama Kali Mendaftar (isi semua maklumat)
4. Klik Daftar Masuk
5. Lepas daftar masuk akan keluar skrin penyata gaji
6. Klik di bahagian sendiri untuk memaparkan penyata gaji atau penyata pendapatan
7. Klik pada penyata gaji (ia boleh disimpan atau dibuka)

Penyata gaji boleh diakses lebih awal 5 hari dari tarikh keluar gaji.
Pejawat Awam yang baru bertugas boleh mengakses sehari awal dari cukup tempoh 1 bulan.

http://www.anm.gov.my/public_html/bm/default/epenyata.php

29.11.10

08.11.2010: Senarai Pengurusan Tertinggi Pendidikan

Y.A.B. TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD. YASSIN
Menteri Pelajaran Malaysia
(Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran),


Pejabat Timbalan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok Barat,Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.



Y.B. DATUK IR. DR. WEE KA SIONG
Timbalan Menteri Pelajaran I

Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 10, Blok E8, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.


Y.B. DR. HAJI MOHD. PUAD ZARKASHI
Timbalan Menteri Pelajaran II

Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 10, Blok E8, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.





Y.Bhg. Dato' Dr. Rosli b. Mohamed

Ketua Setiausaha KPM

(mulai 29 Oktober 2010)



Y.Bhg. Dato' Abdul Ghafar b. Mahmud

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

(mulai 8 November 2010)


En. Sulaiman bin Wak
Pengarah Pelajaran Selangor

Hj. A.Rahman b. Hj. Ngit
Pegawai Pelajaran Daerah Sepang

Tahniah KPPM Baru


Pengarah Institut Aminuddin Baki Datuk Abdul Ghafar Mahmud telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baru bagi menggantikan Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang bersara wajib pada 4 November 2010 yang lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelantikan itu, yang berkuat kuasa hari ini, adalah selaras dengan peruntukan 144(3) Perlembagaan Persekutuan.

"Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan beliau (Abdul Ghafar) sebagai Ketua Pengarah Pelajaran
Gred Utama Turus III," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Tan Sri Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata pelantikan itu dibuat berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki Abdul Ghafar dalam bidang pendidikan, pengetahuan selain kompetensinya.

"Saya percaya pengalaman, pengetahuan serta komitmen beliau akan membolehkannya melaksanakan tugas seperti mana yang diperuntukkan oleh Akta Pendidikan 1996," kata Muhyiddin.

Muhyiddin turut merakamkan penghargaan kerajaan terhadap sumbangan Alimuddin sepanjang 34 tahun berkhidmat dalam bidang pendidikan.

Abdul Ghafar, 56, merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari University of East Anglia, Norwich, United Kingdom dan Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya.

Beliau memulakan perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran pada 1 Mei 1977.

Sepanjang perkhidmatannya dalam bidang pendidikan, Abdul Ghafar telah memegang pelbagai jawatan penting termasuk Atase Pendidikan di Jabatan Penuntut Malaysia, Washington, Amerika Syarikat (1989), Pengarah Bahagian Sukan Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran (2007) dan Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran pada 2008.