... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

21.5.11

Mesyuarat Agung MGB Negeri Selangor 2011

Hari ini telah diadakan Mesyuarat Agung MGB Negeri Selangor kali ke-16 di TAHA D'Kelana, Kelana Jaya. Berita dan gambar sila klik di sini.

Lawatan Ziarah Mesra GB Bersara

As Salam. Semalam MGB Sepang telah mengadakan program ziarah mesra Guru-Guru Besar daerah Sepang yang akan bersara iaitu Pn. Hjh. Norlia binti Daya GB SK Jenderam Hilir dan En. Misnon bin Ramli GB SK Taman Seroja. Sila lihat di sini

20.5.11

Taklimat PBS KSSR

Untuk memastikan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berada di landasan yang betul, Sekolah Taman Putra Perdana akan menganjurkan sesi taklimat dan perbengkelan mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) KSSR pada esok, 21 Mei 2011 (Sabtu) mulai jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.  Sekolah berhampiran yang akan turut sama ialah:
  1. Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2
  2. Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti
  3. Sekolah Kebangsaan Cyberjaya
  4. Sekolah Kebangsaan Dengkil
  5. Sekolah Kebangsaan Kota Warisan
Taklimat ini akan disampaikan oleh pegawai-pegawai yang diundang khas daripada Lembaga Peperiksaan.  Berikut ialah aturcara majlis tersebut:

Agenda:
7.30 Pendaftaran @ Laluan Patriotik 
8.00 Doa - Ustaz Ahmad Zunaidi b. Jinalabdin
8.05 Ucapan Aluan - Pn. Machitah bt. Zakaria (PPD Sepang)
8.15 Sesi Perkongsian 
9.00 Pengenalan PBS: Konsep Standard Prestasi dan Penggunaannya dalam Pentaksiran Sekolah (LPM)
10.00 Rehat/Kudapan
10.15 Sistem Aplikasi PBS (LPM)
11.00 *Bengkel
12.30 Tamat

*Peserta dimasukkan ke dalam kumpulan
Kump 1 :  Matematik
Kump 2 :  Dunia Sains dan Teknologi
Kump 3 :  Bahasa Malaysia / Inggeris
Kump 4 :  Pendidikan Jasmani
Kump 5 :  Pendidikan Islam
Kumpulan mata pelajaran mungkin berubah, tetapi guru-guru boleh masuk ke dalam mana-mana kumpulan kerana
prinsip penggunaan standard prestasi adalah sama.

Para peserta dinasihatkan agar membawa:
  1. Notebook (wifi)
  2. Standard Prestasi
  3. Standard Kurikulum
  4. Buku Teks
  5. Buku Latihan dan Aktiviti
Sewaktu pendaftaran, peserta akan dibekalkan salinan keras (hardcopy):

  1. Konsep Standard Prestasi 21 Mei 2011 (powerpoint) - warna hijau
  2. UPSR 2016 (powerpoint) - warna jingga

Untuk mendapatkan softcopy sila muat turun (download) bahan persembahan powerpoint bagi taklimat ini di sini



Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.11/2010
Konsep Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)



17.5.11

Hadiah Hari Guru 2011

Kenaikan pangkat guru diberi nafas baru

KUCHING 16 Mei - Warga pendidik kini boleh menikmati lonjakan gred dalam perkhidmatan melalui kaedah kenaikan pangkat yang diberi nafas baru melibatkan pengenalan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru bermula 1 Januari 2012.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, menerusi kaedah itu guru akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.
Menurutnya, melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru, laluan kerjaya guru yang terlibat dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (PDP) akan diperluaskan sehingga ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.
"Kewujudan empat lapisan jawatan tersebut akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi rakaman video yang ditayangkan pada Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-40 yang dilancarkan oleh Timbalannya yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.
Sambutan bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara itu turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta 4,000 warga pendidik dan tetamu jemputan.
Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa mana-mana guru yang menunjukkan kecemerlangan seperti ditetapkan oleh lembaga tersebut boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.
Katanya, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan.
"Untuk itu, kerajaan bersetuju menambah lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan PDP sebanyak 100 peratus menjadi 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya.
Beliau turut mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.
Katanya, semua Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum Sekolah Menengah Gred DG44 pula dinaikkan ke Gred DG48, melibatkan 6,585 jawatan.
"Seterusnya, semua GPK Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum di sekolah rendah Kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan," katanya.

14.5.11

Sambutan Hari Guru 2011

Jabatan Pelajaran Selangor telah mengarahkan semua sekolah membuat sambutan Hari Guru 2011 pada 16 Mei 2011(Isnin). Membaca perutusan kha Perdana Menteri, Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran merupakan agenda wajib pada hari tersebut.

Siaran Langsung Ucapan Pelancaran Hari Guru 2011

Semua sekolah yang mempunyai sesi petang diminta mengaturkan program supaya siaran langsung Ucapan Pelancaran Hari Guru oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran di RTM TV1 dan TV3 dapat ditontoni dan seterusnya dimanfaatkan bagi semua warga sekolah.

10.5.11

Pentaksiran dalam KSSR


Sebagaimana yang dimaklumi murid Tahun 1 di seluruh negara mulai tahun 2011 merupakan perintis terhadap pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum baru ini adalah menggantikan kurikulum lama yang dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

KSSR telah mengurangkan penekanan terhadap peperiksaan. Sungguhpun demikian, sekolah masih tetap perlu menilai pencapaian murid-murid KSSR bagi memastikan murid-murid ini berada di landasan yang betul dalam mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Untuk memastikan satu pelaporan perkembangan murid-murid ini secara holistik dapat dilaksanakan maka pendekatan dan cakupan sistem pentaksiran ini berbeza daripada biasa iaitu melalui Pentaksiran Sekolah yang menggunakan kaedah Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pelaporan pencapaian murid KSSR dalam setiap mata pelajaran tidak lagi berbentuk gred (berdasarkan peratus markah yang diperolehi dalam peperiksaan) sebaliknya mereka akan dilabelkan dengan menggunakan band iaitu tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki (band 1 hingga band 6) yang menggambarkan sejauh mana murid-murid telah menguasai sesuatu standard seperti yang dijelaskan dalam deskriptor. Penentuan band murid-murid ini dalam setiap mata pelajaran perlu disokong dengan evidens yang telah ditetapkan dalam dokumen standard prestasi mata pelajaran tersebut. Pentaksiran perlu dilakukan ke atas semua mata pelajaran yang diajar di sekolah:

  1. Bahasa Malaysia
  2. Bahasa Inggeris
  3. Bahasa Cina
  4. Bahasa Tamil
  5. Bahasa Arab
  6. Pendidikan Islam
  7. Pendidikan Moral
  8. Matematik
  9. Pendidikan Khas
  10. Pendidikan Jasmani
  11. Pendidikan Kesihatan
  12. Dunia Sains dan Teknologi
  13. Dunia Seni Visual
  14. Dunia Muzik

Guru mata pelajaran perlu membina instrumen yang merupakan alat untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain. Instrumen ini boleh dalam bentuk ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi dan ujian amali. Setelah instrumen ini digunakan ke atas murid maka barulah ia boleh dijadikan sebagai evidens. Untuk membina instrumen ini guru perlu merujuk Dokumen Standard Prestasi mata pelajaran masing-masing yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Dokumen ini mengandungi pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.


Melalui sistem pentaksiran yang baru ini, adalah diharapkan agar sistem pendidikan kita mampu untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

9.5.11

Perkembangan Guru

Teori Perkembangan Guru Berliner (1988) telah mengemukakan model lima peringkat perkembangan guru yang memberi fokus terhadap pemikiran guru berdasarkan tingkah laku guru dalam bilik darjah.  Berliner (1995) mentafsir perkembangan guru sebagai “satu proses menuju ke arah pembentukan guru untuk mencapai tahap kepakaran dan kecemerlangan". 

Peringkat 1 – Peringkat permulaan atau novice 
Guru novis mempelajari fakta dan menimba pengalaman serta diajar peraturan umum yang dikatakan sesuai untuk semua konteks; 

Peringkat 2 – Peringkat lebih maju atau advanced beginner 
Guru yang mempunyai pengalaman mengajar selama dua atau tiga tahun. Pengalaman dan konteks masalah mula membimbangi dan mempengaruhi tingkah laku guru; 

Peringkat 3 – Peringkat cekap atau competent 
Guru mampu membuat pilihan secara sedar tentang tindakan, membuat keutamaan dan membuat perancangan. Berdasarkan pengalaman yang diperoleh, guru menjadi lebih peka terhadap perkara yang penting atau remeh. Namun kemahiran mengajar masih lagi tidak fleksibel; 

Peringkat 4 – Peringkat mahir atau proficient 
Terdiri daripada guru yang berpengalaman mengajar selama lima tahun. Guru boleh mengesan maklumat yang wujud dalam semua konteks dan situasi serta mampu membuat ramalan tentang sesuatu kejadian dengan cepat; 

Peringkat 5 – Peringkat pakar atau expert 
Bukan semua guru mampu untuk mencapai tahap ini. Pengajaran guru adalah lancar dan segala tugas dapat dilaksanakan dengan mudah. 




Laluan naik pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Laluan naik pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan 'istimewa'

SURAT bertajuk 'Antara Guru, Pegawai Kerajaan' dalam ruangan ini pada 1 Jun lalu dirujuk.

Laluan Kerjaya yang disediakan oleh kerajaan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat adalah tersangat istimewa.

Terdapat sepuluh jenis Laluan Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang merangkumi Laluan Hakiki, Cemerlang dan Time-Based, yang memberi peluang dan pilihan kepada PPPS untuk memilih Laluan Kerjaya masing-masing dengan tepat, terbaik dan menguntungkan mengikut kelayakan yang dimiliki.

Urusan Pengisian Jawatan Kenaikan Pangkat Tingkatan Enam
Bagi pengisian jawatan kenaikan pangkat gred DG44 di sekolah-sekolah Tingkatan Enam, di bawah fasa 1, calon-calon ditawarkan pemangkuan dan penempatan di sekolah yang sama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan termasuk lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan mempunyai opsyen yang sesuai dengan pakej mata pelajaran Tingkatan Enam yang ditawarkan oleh sekolah berkenaan.

Mereka yang tidak dapat ditempatkan di sekolah asal kerana jawatan dan mata pelajaran yang diajar dan opsyen telah diisi penuh akan ditawarkan penempatan untuk mengisi kekosongan jawatan dan kekosongan pakej mata pelajaran di sekolah-sekolah lain yang berhampiran di daerah yang sama atau daerah lain di negeri yang sama.

Jika masih terdapat kekosongan setelah fasa 1 dan fasa 2 dilaksanakan, permohonan dibuka kepada calon-calon yang mempunyai opsyen Tingkatan Enam atau pengalaman mengajar mata pelajaran Tingkatan Enam sekurang-kurangnya tiga tahun bersesuaian dengan pakej mata pelajaran Tingkatan Enam di sekolah berkenaan.

Bagi pengisian jawatan kenaikan pangkat gred DG44, calon yang dipertimbangkan perlu memenuhi syarat tempoh berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun.

Walau bagaimanapun bagi negeri-negeri yang mengalami masalah kekurangan calon, mereka yang mempunyai tempoh berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun dipertimbangkan juga untuk mengisi jawatan kenaikan pangkat Tingkatan Enam.

Walau bagaimanapun, mereka akan terus memangku gred DG44 sehingga layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke gred DG44.

Manakala mereka yang memenuhi syarat tempoh berkhidmat lima tahun akan diperakukan untuk kenaikan pangkat ke gred DG44 setelah cukup tempoh memangku enam bulan dan syarat-syarat lain yang ditetapkan.

Urusan Pengisian Kuota Guru Cemerlang
Bagi urusan Guru Cemerlang, proses pemangkuan Guru Cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 (KUP) hingga Gred DGA38 (KUP) serta PPPS Gred DG44 (KUP) hingga Gred Khas C (KUP) bermula daripada permohonan calon yang diperaku oleh Ketua Jabatan masing-masing kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).

Setelah pemantauan dan penilaian dilaksanakan oleh JNJK, senarai calon-calon yang layak akan dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM).

Tapisan seterusnya dilakukan di peringkat BPSM dengan mengambil kira calon-calon yang masih belum dinaikkan pangkat secara KUP ataupun hakiki ke gred yang dipohon serta memenuhi syarat-syarat pemangkuan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP).
Memandangkan proses pemangkuan Guru Cemerlang melibatkan pemantauan dan penilaian oleh JNJK, hanya calon-calon yang memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat akan dipertimbangkan bagi urusan pemangkuan berdasarkan kekosongan kuota yang ada.

Bagi guru-guru yang telah memohon laluan Guru Cemerlang pada tahun 2007 dan 2008, jumlah yang telah ditawarkan pemangkuan Guru Cemerlang bagi semua gred kenaikan pangkat PPPS adalah seramai 4,801 orang PPPS dan seramai 2,476 orang PPPLD telah ditawarkan pemangkuan ke Gred DGA32 (KUP) dan Gred DGA34 (KUP).

Walau bagaimanapun, pada 16 Mei 2009, Menteri Pelajaran telah mengumumkan kuota Guru Cemerlang bagi PPPS yang juga telah diperluaskan kepada guru-guru Gred DG44 dan Gred DG48 di sekolah rendah.

Pewujudan kuota baru bagi Guru Cemerlang Gred DGA38 (KUP) serta pertambahan kuota bagi Gred DGA34 (KUP) dan DGA32 (KUP) di sekolah rendah telah diumumkan melalui media massa pada 22 Mei 2009.

Sehubungan itu, iklan bagi mengisi kekosongan kuota Guru Cemerlang akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Kementerian Pelajaran Malaysia

5.5.11

Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

PPT: Soalan Mata Pelajaran Teras Tahap 2

Soalan mata pelajaran teras untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun Tahap 2 sudah boleh diambil di PPD mulai petang hari ini 5 Mei 2011.  Pastikan ia diperbanyak, diketip, dibungkus dan disimpan dalam kawalan rapi bagi memastikan keintegritiannya sentiasa terjaga.

Wajah-wajah pemain dan pegawai





Raja Maimunah

Idris Abd. Rahman

Hajah Norlia Daya

Hajah Wan Nor Fadriah




Sekitar Pertandingan Boling 2011

Ketibaan peserta favourite
Kaunter Pendaftaran 

Sembang praperlawanan - Zahari, Zainudin dan Azman
Idris, Yahaya, Jaludin, Bazli sibuk memilih bola sambil diperhatikan Isa
Bola untuk lontaran rasmi
Isa selaku pegawai teknik merangkap pengacara majlis
Lontaran Perasmian - strike tu!
 Menyambut kehadiran wakil PPD

 Ucapan PPD Tn. Hj. Ahmad Karim

 Ucapan YDP MGB Sepang En. Yahaya Om

 Pemenang Bergu Wanita

 Pemenang Bergu Lelaki

 Pemenang Individu Wanita

 Pemenang Individu Lelaki

 Highest score

 Jamuan

 Pegawai Teknikal

Jangan tak soru....

Pertandingan Boling 2011

ARL Bowling, Alamanda
4 Mei 2011

Bos mengesahkan lorong adalah baik dan pertandingan sudah boleh bermula

2.5.11

Mesyuarat Pertandingan Boling

Zahari mencabut undi sementara Raja Maimunah sibuk berdoa dan Pat Yoon pula mengira duit

Pegawai Teknik Mohd. Isa Sulaiman (SMKPSP), Razimah Abd. Aziz, (SKBBST) dan Ismail Mohamad Hanafiah (SKCy) dengan diperhatikan oleh Asmah Ismail (Setiausaha), Sharmila Hashim (SKDP) dan Azman Mokhtar (peserta favourite)
Md. Zohari Saluki GB SK Taman Putra Perdana membuat cabutan undian terakhir.

Mesyuarat kali kedua telah berlangsung di SK Jenderam. Ketetapan, undian dan keputusan pelaksanaannya sudahpun dibuat. Acara terdiri daripada individu lelaki dan wanita serta bergu lelaki dan bergu wanita. Hadiah yang disediakan iala dari tempat pertama hingga kelima bagi acara individu dan tempat pertama hingga ketiga bagi acara bergu.