... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

31.7.13

Perbincangan ringkas GB Sepang

Mesyuarat dan perbincangan tidak semestinya perlu diadakan di tempat formal. Sebaliknya ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan bila-bila masa jua. Contohnya, Guru-Guru Besar Daerah Sepang tadi telah mengadakan sedikit perbincangan rasmi setelah selesai menghadiri program PPD - Ikatan Kasih Ramadan (IKRAM) di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA. Perbincangan ini bertempat di sudut masjid tersebut bagi membincangkan beberapa perkara dan isu semasa...
Perbincangan 'lantai bulat' yang santai

15.7.13

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DATA OPERASI GURU




Klik untuk ke laman wen e-Operasi


PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DATA OPERASI GURU
Sistem Maklumat Guru Modul e-OPERASI telah dibuka untuk tujuan pengemaskinian di peringkat sekolah mulai 15 Julai 2013 hingga 31 Julai 2013. Maklumat Guru, Anggota Kumpulan Pelaksana, Murid, Kelas dan Penawaran Subjek Elektif perlu disemak dan dikemaskini.

Bagi guru yang telah berkahwin dimohon agar dapat melengkapkan maklumat berkaitan pasangan di Menu: Kemaskini Maklumat Guru - Maklumat Pasangan


TINDAKAN MAKLUM BALAS PENEMPATAN GURU (MPG_1)

Pengetua /Guru Besar yang telah menerima guru baharu lantikan tetap 1 Julai 2013 dikehendaki membuat tindakan di Maklumbalas Penempatan Guru Baharu sebelum 15 Julai 2013.


TINDAKAN MAKLUM BALAS PENEMPATAN GURU PERTUKARAN (MPG_2)
Pengetua /Guru Besar yang telah menerima guru bertukar 1 Julai 2013 dikehendaki membuat tindakan di Maklumbalas Penempatan Guru Pertukaran sebelum 15 Julai 2013.



11.7.13

JADUAL SETARA PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR NEGERI SELANGOR 2013

Tarikh    :16, 17, dan 18 Julai 2013
  Hari      :Selasa, Rabu, dan Khamis

Berikut ialah jadual setara peperiksaan percubaan UPSR:

Tarikh
Perkara
Tempoh/Masa
Selasa, 16 Julai 2013
Bahasa Melayu Pemahaman
50 minit
8.00 – 8.50
Bahasa Melayu Penulisan
1 jam 15 minit
9.15 – 10.30
Matematik(Kertas 2)
40 minit
12.00 - 12.40
Rabu, 17 Julai 2013



Matematik(Kertas 1)
1 jam
8.15 – 9.15



Khamis, 18 Julai 2013
Sains
1 jam 15 minit
8.00 – 9.15
Bahasa Inggeris (Kertas 1)
50 minit
9.30 – 10.20
Bahasa Inggeris (Kertas 2)
1 jam 15 minit
11.30 – 12.45




8.7.13

Seminar Pendidikan Kebangsaan

Pada 5 dan 6 Julai 2013 (Jumaat) telah diadakan Seminar Pendidikan Kebangsaan anjuran Kongres Kesatuan Guru-guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia di Dewan Utama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Tuan Haji Ameruddin dan Datuk Haji Jemale Paiman

Sebanyak 4 kertas pendidikan dibentang dan dibahas.  Tiga orang jemputan utama ialah Y.Bhg Dato' Haji Sufaat bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tuan Haji Ameruddin bin Adam Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Dato' Haji Omar bin Osman Presiden CUEPACS.

MGB Sepang yang dijemput untuk hadir pada 5 Julai 2013 diwakili oleh Pn. Hajah Rohaidah Mohd. Ali, Puan Hajah Noredzan bin A.Bakar dan En. Sukimin bin Juki.

YDP MGB Selangor En. Abdul Aziz Mohamed turut hadir

Hajah Rohaidah dan Hajah Noredzan sedang khusyuk mendengar pembentangan



Selamat Bersara Pn. Chang Yok Mooi


Pada 5 Julai 2013 (Jumaat) berlangsung majis persaraan Guru Besar SJK (C) Dengkil Pn. Chang Yok Mooi.  Beliau yang dilahirkan pada 7 Jun 1957 bersara pada usia 56 tahun.  Majlis turut dihadiri Pengarah Pelajaran Negeri Selangor Tuan Haji Mahmud bin Karim dan Pegawai Pelajaran Daerah Sepang Tuan Haji Mat Jah bin Roslan.


Pengarah Pelajaran Negeri Selangor

Menanam pokok sebagai tanda persaraan

Wakil MGB tururt hadir

Diiring keluar dengan menaiki kereta sport BMW berwarna merah

Tarikh Sekolah Ganti Ekoran Penutupan Sekolah Kerana Jerebu

PENGUMUMAN

Sebagaimana yang dimaklumi sekolah-sekolah dalam daerah Sepang telah diarahkan ditutup pada 24 Jun 2013 (Isnin) lalu kerana indeks pencemaran udaranya berada di paras bahaya.  Sehubungan itu Jabatan Pelajaran Selangor telahpun mengeluarkan jadual sekolah ganti seperti berikut:



Bagi sekolah yang ditutup sehari, tarikh sekolah gantinya ialah pada Sabtu, 13 Julai 2013 dengan mengikut jadual waktu hari Isnin.  Namun bagi sekolah yang ditutup lebih daripada sehari bolehlah mengikut tarikh yang diarahkan oleh jabatan ke atas daerah lain.