MGB Daerah Sepang
Wednesday, May 16, 2012
Pautan Semak Naik Pangkat
Kepada mereka yang ingin menyemak sama ada dinaikkan pangkat atau tidak, bolehlah klik di sini.
Perayaan Hari Guru Kali Ke-41: Selamat Hari Guru
GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MAJLIS PELANCARAN PERAYAAN HARI GURU KALI KE-41
PADA 16 MEI 2012; PUKUL 10.00 PAGI
BERTEMPAT DI DEWAN JUBLI PERAK, KUALA KANGSAR, PERAK
YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
Teks Penuh Ucapan Menteri Pelajaran Petikan Teks Ucapan:
- Malaysia sedang berada di ambang negara maju. Untuk tempoh lapan tahun dari sekarang, negara kita akan melalui satu fasa transformasi penting yang akan menentukan samada kita berjaya melangkah ke gerbang negara maju apabila fajar tahun 2020 menyinsing.
- Bukan sedikit cabaran yang bakal dihadapi dalam.zaman transformasi, Bagi para guru, cabaran paling getir adalah bagaimana untuk melonjakkan kualiti dan ekuiti pendidikan dalam tempoh yang terdekat.
- Kerajaan memberikan tumpuan utama kepada usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara secara menyeluruh dengan tujuan untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan berdaya saing.
- Usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara telah dimulakan sejak tiga tahun yang lalu, dengan melaksanakan empat inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi sektor pendidikan, yang bertujuan untuk memperluas akses kepada pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan.
- Selama lebih lima dekad berada di persada pendidikan negara, guru-guru telah memberi sumbangan yang amat bermakna kepada kemajuan dan pembangunan yang telah dikecapi hari ini. Berkat sentuhan para guru maka lahirlah insan-insan yang terdidik dengan ilmu dan adab, yang kini berada di setiap lapangan ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan sebagainya untuk menggerakkan kemajuan bangsa dan nusa.
- Dalam menghadapi persaingan global yang semakin sengit, sistem dan amalan pendidikan di negara kita perlu ditransformasi. Kualiti guru-guru kita perlu dimantapkan, mutu kepimpinan sekolah perlu ditingkatkan, kurikulum dan sistem pentaksiran perlu diperkemaskan, prasarana sekolah perlu ditambahbaik, sumber dan sistem penyampaian pendidikan perlu diurus dengan lebih cekap.
- Dalam menempuh era globalisasi yang semakin diwarnai oleh ekonomi berteraskan ilmu dan inovasi, maka pada hemat saya, guru yang berkualiti adalah guru yang berinovasi.
Statistik Bilangan Sekolah/Murid/Guru KPM
STATISTIK
(Data pada 31 Jan 2012)Bilangan Sekolah
| Rendah | Menengah | Jumlah |
| 7,723 | 2,296 | 10,019 |
Bilangan Murid (Enrolmen)
| Prasekolah | 186,298 |
| Rendah | 2,804,405 |
| Menengah | 2,281,775 |
| Jumlah | 5,272,478 |
| Lelaki | Perempuan | |
| Rendah | 72,266 | 164,047 |
| Menengah | 55,155 | 121,252 |
| Jumlah | 127,421 | 285,299 |
Monday, May 14, 2012
PENGURUSAN JENAZAH (INGAT MATI)
Ingat
Mati
Definisi
Mati
adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah
dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi
menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap
makhluk ini tidak terlepas dari mati.
Maksud Firman Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."
( Surah Ali Imran ayat 185 )
Kematian akan mengejar ke mana saja kita
berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima
tempoh.
Maksud Firman Allah s.w.t:
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."
(Surah al-A'raf ayat 34)
Sesungguhnya kematian itu tidak pernah
diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat
atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu
pasti mencari di mana saja roh berada.
Maksud Firman Allah s.w.t :
"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh."
(Surah an-Nisaa' ayat 78)
Reaksi
Masyarakat
Kita
telah melihat dan akan melihat dua suasana yang berbeza antara satu sama lain
dalam menghadapi kematian. Ada yang ngeri lagi takut mereka belum bersedia
dengan bekalan yang sewajarnya, terlukis dalam alam khayalannya terbujur kaku
tanpa teman, pucat lesi, tidur tidak berbantal dan beralas, takut hantu serba
ragam yang bergolak dalam fikiran yang kusut lagi buntu. Manakala satu pihak
lain, mereka merasa redha dan menanti kedatangan maut itu dengan senang kerana
mereka sudah bersedia dengan amalan yang membawa kesejahteraan dan kenikmatan
kepadanya.
Hukum Ingat Mati
·
Walau bagaimanapun keadaan yang bergolak dalam pemikiran manusia. Namun
Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Samada cara termenung
menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit,
menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya.
·
Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati,
kerana bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas
penderitaan adalah bukan sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak (
haram ) kerana nekad sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri.
·
Adapun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku dan
tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan secara bersandar,
seperti kata doanya, bermaksud :
"Ya Allah hidupkanlah
aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku
sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku"
Hikmah
Ingat Mati
Dengan
mengingati mati akan menimbul rasa taqwa yang mendalam untuk menjunjung
perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala larangannya. Serta
bersungguh-sungguh berusaha memperbanyakkan harta kebajikan, dan pelajaran sama
ada untuk diri atau keluarganya.
Timbul rasa kasih sayang serta muhabbah sesama
manusia, khususnya keluarga, jiran dan masyarakat setempat yang kelak disebut
orang dengan kebaikan.
Lahir perasaan tanggungjawab hendak membimbing
diri dan keluarganya supaya bersungguh-sungguh beramal dan berbuat kebajikan
dalam menuntut keredhaan Allah.
Monday, May 7, 2012
PENGURUSAN JENAZAH
Merupakan
satu bidang ilmu yang wajib diketahui oleh setiap individu muslim walaupun ia
bersifat fardu kifayah.
Namun dalam keadaan sekarang ini,
kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat
tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan
jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada generasi yang lebih tua dari
mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita
meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya
sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.
Sehubungan itu, sebagai pemimpin sekolah wajarlah kita mengetahui dan menyebarkannya di kalangan warga sekolah agar tahu menangani situasi sekiranya berlaku sesuatu kematian.
Sunday, May 6, 2012
Pemantauan Dalaman Pelaksanaan PBS di Sekolah Masing-masing
Lembaga Peperiksaan melalui suratnya yang bertarikh 25 Mac 2012 telah meminta semua sekolah menjalankan pemantauan dalaman ke atas pelaksanaan PBS di sekolah masing-masing. Pemantauan hendaklah menggunakan instrumen yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan dan ditadbir mengikut peraturan pentadbiran pemantauan PBS yang telah ditetapkan.
Sekolah diminta mencetak laporan pemantauan dalam dua salinan. Salinan pertama disimpan dalam fail induk PBS sementara salinan kedua dihantar ke Sektor Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan.
Sunday, April 29, 2012
Aplikasi Pangkalan Data Murid
APDM atau Aplikasi Pangkalan Data Murid merupakan aplikasi dalam talian yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia mengandungi maklumat asas murid iaitu Info Murid serta Ibu dan Bapa atau penjaga.
Maklumat asas murid yang dimasukkan ke dalam APDM adalah diambil dari aplikasi SAPS (Murid Tahun 2 hingga Tingkatan 5, 2011) dan SPPBS (Murid Tahun 1, 2011). Ini disebabkan aplikasi ini adalah bebentuk aplikasi atas talian dimana semua nama murid serta maklumat asas sudah ada. Oleh kerana kedua-dua aplikasi ini hanya mempunyai maklumat asas murid tanpa ada maklumat ibu bapa serta penjaga maka maklumat tersebut telah diambil dari aplikasi SMM (Sistem Maklumat Murid). Pencatuman ketiga-tiga aplikasi ini menyebabkan beberapa masalah lain wujud iaitu masalah pertembungan ID murid, ibu, bapa serta penjaga yang sangat banyak.Perkara ini menyebabkan Guru Kelas dipohon untuk menyemak semula dari segi kesahihannya.
Pada peringkat awalnya Guru Kelas diminta memberi tumpuan kepada Info Murid sahaja disebabkan beberapa aplikasi lain sepaerti seperti SAPS dan SPPBS amat memerlukan data ini dengan segera. Mulai awal April 2012, Guru Kelas telah diminta untuk membuat pengemaskinian Info Ibu, Bapa dan Penjaga sehingga 15 Mei 2012. Maklumat ibu, bapa atau penjaga misalnya hanya perlu dimasukkan sekali sahaja walaupun dia mempunyai ramai anak yang bersekolah. Oleh itu andaikan guru kelas tahun 1 sudah memasukkan maklumat bapa murid iaitu POLAN ANAK POLAND (611111-11-5111) ke dalam APDM, maka apabila guru dari kelas anaknya yang lain (sama dari sekolah yang sama atau sekolah lain) hanya perlu memasukkan no kad pengenalannya maka maklumat yang sama akan memaklumkan bahawa maklumat tersebut sudahpun ada dalam pangkalan data APDM. Apa yang menjadi masalah ialah Ibu, Bapa dan Penjaga yang tidak telus dari segi pengisian data terutama gaji. Jika maklumat gaji sudah diisi oleh guru yang pertama tadi sepatutnya guru yang lain tidak perlu mengisinya. Apa yang menjadi masalah ialah Ibu, Bapa serta penjaga mengisytiharkan gaji yang tidak sama maka apabila guru lain megubahkan gaji tersebut, maka gaji itu akan berubah pada yang terkini.
Mulai 1 Julai, dengan andaian pangkalan data APDM telah lengkap dengan maklumat murid dan ibu/bapa/penjaganya maka KPM akan mengeluarkan aplikasi modul-modul lain yang isi kandungannya diambil dari SSM juga seperti modul bantuan (KWAMP dan RMT), modul SPBT dan beberapa lagi modul yang terdapat dalam SMM. Pada masa itu, guru AJK modul tersebut (kalau modul RMT maka AJK RMT sekolah) perlu menyemak kesahihan maklumat di dalam modul tersebut.
Namun demikian, bagi modul penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum Urusetia APDM sedang berbincang dengan bahagian-bahagian yang berkenaan supaya maklumat yang diambil akan mengambil kira keperluan-keperluan bahagian-bahagian berkenaan bagi mengelakkan kerja berulang. Untuk mengelakkan sebarang masalah pengemaskinian ini masih perlu dilakukan untuk kegunaan dalaman atau untuk keperluan-keperluan lain.Pada masa yang akan datang apabila modul secara atas talian sudah boleh digunakan Guru yang bertanggungjawab memasukkan penglibatan murid ke dalam modul ini ialah guru kokurikulum itu sendiri.
Secara ringkasnya kini tugas mengemaskinikan data murid tidak lagi terbeban sepenuhnya pada guru kelas. Guru kelas hanya bertanggungjawab terhadap maklumat asas murid dan ibu/bapa/penjaganya saja. Tugas menyemak dan mengemaskinikan maklumat2 lain diagih-agihkan kepada guru yang menganggotai sesuatu AJK (spt. RMT, SPBT, Bolasepak, Pengakap dsb). maklumat ini hanya perlu dimasukkan sekali sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)
