... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

11.9.14

Soalan Sains bocor, peperiksaan UPSR ditangguh

Soalan Sains bocor, peperiksaan UPSR ditangguh

Soalan Sains bocor, peperiksaan UPSR ditangguh
Ujian Sains UPSR 2014 ditangguhkan - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kertas Peperiksaan Sains 018, 028, 038 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada Khamis ditangguhkan pada 30 September kerana didapati bocor.

Menurut kenyataan media Lembaga Peperiksaan (LP) yang dikeluarkan hari ini, Pengarah Peperiksaan Dr Na'imah Ishak berkata siasatan awal mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.

"Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Sains 018, 028, 038 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 ditangguhkan.

"Tarikh baharu bagi peperiksaan Sains 018, 028, 038 adalah pada 30 September 2014," kata Dr Na'imah.

Peperiksaan bagi Bahasa Inggeris Kertas 1 dan 2 serta Ujian Aptitud Tahun Enam yang juga dijadualkan pada Khamis akan berjalan seperti biasa.

Menurut Dr Na'imah, Lembaga Peperiksaan juga telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

Astro AWANI menerima tiga contoh soalan Sains kod kertas 018 bagi sekolah kebangsaan yang tersebar melalui jaringan media sosial dan dilabelkan sebagai "soalan ramalan"  yang dipercayai terkandung dalam kertas soalan yang bocor itu.

"Kemungkinan untuk naik: 75% Good luck!!!" kata mesej itu lagi.

Selain foto soalan, mesej yang tersebar itu menyertakan jawapan bagi ketiga-tiga soalan berkenaan.

r

t

f
Antara soalan kertas Sains UPSR yang didakwa bocor dan diedar melalui media sosial

No comments:

Post a Comment