... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

31.1.15

Majlis Persaraan En. Pat Yoon Guru Besar SJK (C) Sin Min

Pada 30 Jabuari 2014 telah berlangsung Majlis Persaraan En. Pat Yoon di Dewan Besar SJK (C) Sin Min.












En. Pat Yoon menyampaikan ucapan terakhirnya sebagai Guru Besar

Panorama semasa berlangsungnya majlis tersebut


27.1.15

Mesyuarat AJK MGB Sepang

Mesyuarat AJK MGB Sepang ini telah diadakan di SK Taman Seroja pada 27 Januari 2015. Kehadiran mesyuarat adalah seperti berikut:
  1. En. Sukimin bin Juki (Pengerusi)
  2. En. Low Sze Kee (Naib Pengerusi 2)
  3. En. Ishak bin Noh (Setiausaha)
  4. Pn. Teoh Ai Theng (bendahari)
  5. Pn. Hajah Noredzan bt. A.Bakar
  6. En. Mohd. Rahman bin Rabingan
  7. Pn. hajah Wan Nor Fadriah bt. Wan Idris
  8. YM Raja Maimunah Raja Harun
  9. Pn. hajah Ana Liza bt. Zainudin
  10. Pn. Pushpa
  11. Pn. Saniah Sulaiman
Antara keputusan yang telah dibuat ialah menyediakan kain bercorak sama untuk setiap ahli untuk dibuat baju.  Ia hendaklah dipakai dalam majlis-majlis yang ditetapkan dengan sasaran utamanya ialah sewaktu berlangsungnya Konvensyen Pendidikan MGB Selangor Kali Ke-4 di Langkawi dan juga semasa Majlis Jasamu Dikenang & Mesyuarat Agung MGB Sepang di Bukit Gambang resort City.  





Mesyuarat Kesihatan Bersama PKD dan PPD Sepang

Mesyuarat telah diadakan di Pejabat Kesihatan Daerah Sepang pada pukul 8.30 pagi.

22.1.15

Program Profesionalisme Guru Besar Baharu MGB Selangor

Pada 22 Januari 2015 (Khamis) pukul 2 petang telah diadakn majlis tersebut di Kelab Shah Alam Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Selangor Tuan Haji Mahmudi bin Bakri.

20.1.15

TAKWIM PENGGAL DAN CUTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 BAGI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN


Pada sesi persekolahan 2015 Kementerian Pendidikan telah membuat perubahan dari segi cuti sempena musim perayaan.  Jika dalam tahun-tahun terdahulu, sekolah boleh memohon cuti ganti untuk memanjangkan musim perayaan dan ia diganti pada hari Sabtu.  Namun pada tahun ini setiap sekolah diperuntukkan sebanyak 5 hari CUTI PERAYAAN yang boleh digunakan pada mana-mana perayaan yang bersesuaian dengan sekolah.  5 hari cuti perayaan ini telah dimasukkan dalam takwim persekolahan pada hujung tahun iaitu 16 hingga 20 November 2015.  Ini menjadikan tiada lagi sekolah ganti pada hari Sabtu sebaliknya semuanya dilonggokkan pada minggu penghujung tahun.

Walaupun dalam surat siaran ini Kementerian Pendidikan ada mengemukakan cadangan tarikh untuk Cuti Peristiwa dan Cuti Perayaan namun pihak sekolah masih boleh menggunakan pada hari selain daripada yang dicadangkan tersebut.  Misalnya sekolah di Sabah dan Labuan mungkin mahu Cuti Peristiwa dan Cuti Perayaan sewaktu Perayaan Deepavali yang dicadangkan ini digunakan untuk memanjangkan Cuti Hari Kaamatan (pesta Menuai) yang jatuh pada 30 dan 31 Mei 2015 (Sabu dan Ahad).  Begitu juga mungkin sekolah di Sarawak mahu menggunakannya untuk memanjangkan cuti Perayaan Hari Gawai Dayak yang jatuh pada 1 dan 2 Jun 2015 (Isnin dan Selasa).  

Bagi sekolah-sekolah yang tidak terlibat dengan sesuatu perayaan misalnya Sekolah Agama yang tidak terlibat dengan Deepavali, mereka masih boleh memohon cuti yang dicadangkan ini dengan alasan untuk memudahkan ibubapa dan penjaga yang mungkin ada anak di sekolah biasa lain yang sekolah anaknya itu bercuti sempena Deepavali.  Ini memudahkan untuk keluarga tersebut cuti bersama selain memberi ruang kepada penguasaha bas dan van sekolah turut bercuti.  Namun jika sekolah ini tidak mahu mengambil cuti sempena Deepavali, mereka boleh menggunakan Cuti Perayaan Deepavali ini pada perayaan lain seperti pada Awal Muharram (14 Oktober, Rabu), Nuzul Quran (15 Julai 2015, Selasa) dan sebagainya. Begitu juga dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang mungkin ingin memanjangkan Cuti Sempena Tahun Baru Cinanya dengan mengambil kuota Cuti Perayaan pada Hari Deepavali.

Pihak sekolah perlu membuat permohonan ke Pejabat pendidikan daerah masing-masing lebih awal dan menunggu kelulusan terlebih dahulu sebelum dibenarkan bercuti.






Tarikh-tarikh cadangan cuti perisitiwa dan cuti perayaan 2015

Perayaan Tahun Baru Cina 19 & 20 Februari 2015 (Khamis dan Jumaat)

Perayaan Hari Raya Aidil Fitri 17 & 18 Julai 2015 (Jumaat dan Sabtu)

Perayaan Deepavali 10 November 2015 (Selasa)



13.1.15

Sukan Boleh Dianjur Lebih Awal Dari Bulan Jun

Simpan Elok-elok

1. APDM
http://apdm.moe.gov.my

2. ePangkat
http://apps2.moe.gov.my/epangkat/login.php

3. SSDM
http://apps.moe.gov.my/SSDM/

4. EMiS
http://emisonline.moe.gov.my

5. eOperasi
http://apps.moe.gov.my/eoperasi/

6. egTukar
http://apps.moe.gov.my/epgo/

7. SAPS
http://sapsnkra.moe.gov.my

8. SPS
https://sps.1bestarinet.net/SPS/cms_sps/login.jsp

9. eGaji
http://www.anm.gov.my

10. esppsel
http://apps.moe.gov.my/esppsel/admin/

11. SPSK
http://jpnselangor.moe.gov.my/kualitiv3

12. SPKS
http://apps.moe.gov.my/spks/

13. EgHrmis
http://www.eghrmis.gov.my

14. ekasih
http://www.kpwkm.gov.my/ekasih

15. eNazir SKPM 2003
http://web.moe.gov.my/enazir/

16. NKRA
http://nkra.moe.gov.my


[3:22pm, 18/12/2014] Smkj Normadiah Ppki: Semua guru wajib tahu mgenai PPPM .

VISI SEKOLAH: Pendidikan Berkualti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

MISI SEKOLAH: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

3 GELOMBANG:
Gelombang 1: 2013 hingga 2015
Gelombang 2: 2016 hingga 2020
Gelombang 3: 2021 hingga 2025

5 Aspirasi sistem (KEPAK)
1. Kualiti..
2. Ekuiti
3. Perpaduan
4. Akses..
5. Kecekapan

6 Aspirasi murid (PIE3K)
1. Pengetahuan
2. Identiti nasional
3. Etika dan kerohanian
4. Kem. berfikir
5. Kem. Memimpin
6. Kem dwibahasa

11 ANJAKAN:
1. Menyediakan kesamarataan akses kpd pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid menguasai kemahiran bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakan mempelajari bahasa tambahan.
3. Melahirkan rakyat yg menghayati nilai.
4. Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.
5. Memastikan kepimimpinan berprestasi tinggi ditempatkn di setiap sekolah.
6. Mengupayakan jpn..ppd dan sekolah untuk menyediakan penyelesaikan khusus berasaskan keperluan.
7. Memanafaatkan ict bagi meningkatkan kualiti pembljaran di malayasia.
8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa..komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan utk kebertanggungjawaban awam secara langsung.