... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

25.6.13

26.6.13: Daerah Sepang Bersekolah Seperti Biasa

Jerebu: Sekolah di Klang, Petaling Perdana dan Manjung ditutup esok

KUALA LUMPUR: Semua sekolah di daerah Klang dan Petaling Perdana di Selangor serta Manjung, Perak ditutup esok (26 Jun) ekoran fenomena jerebu, kata Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud.

Ini berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terbabit pada 5 petang hari ini melebihi 250, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, katanya, pengarah pelajaran negeri berkenaan diminta untuk memaklumkan penutupan sekolah di kawasan berkenaan.


"Penutupan sekolah yang terlibat hendaklah dimaklumkan kepada ibu bapa.

"Pihak Pengarah Pendidikan juga perlu memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan mengenai bilangan sekolah dan murid yang terbabit berikutan penutupan terbabit," katanya.

Abd Ghafar berkata demi menjamin dan menjaga kesihatan murid, Kementerian Pendidikan bersetuju agar sekolah yang terlibat boleh ditutup sekiranya bacaan IPU melebihi 250 dan perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada kementerian.

Namun sekiranya bacaan IPU melebihi 300, maka sekolah dalam kawasan berkenaan wajib ditutup tanpa perlu memohon kebenaran daripada kementerian, katanya. - BERNAMA 

Maklum Guru Jika Anak Tidak Hadir

Kepada ibubapa/penjaga yang anaknya tidak dapat hadir ke sekolah, diharap dapat memaklumkan kepada guru kelas anak masing-masing.

Berita Harian

Maklum guru jika anak tak hadir

Kuala Lumpur: Ibu bapa dibenar tidak menghantar anak ke sekolah jika bimbang kesihatan mereka berikutan jerebu yang melanda negara sekarang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak sekolah hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu. 
“Ibu bapa diminta merujuk kepada pihak sekolah, pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan status sekolah anak-anak mereka terutama di kawasan terlibat,” kata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan dalam kenyataan di sini, semalam. 

Ibu bapa diminta merujuk kepada pihak sekolah, pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan status sekolah anak-anak mereka terutama di kawasan terlibat,” Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri

Sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka serta daerah Muar, Ledang dan Segamat di Johor, Port Dickson di Negeri Sembilan dan Kuantan di Pahang diarahkan tutup, semalam.

Muhyiddin berkata, walaupun sekolah dalam kawasan jerebu kritikal dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras bahaya ditutup, pelajar dinasihatkan supaya tidak mendedahkan diri di kawasan terbuka.

Awasi pergerakan anak

“Kerjasama ibu bapa perlu supaya dapat mengawasi pergerakan anak mereka sepanjang tempoh itu. 
“Pelajar juga dinasihatkan sentiasa memakai topeng hidung dan mulut serta minum banyak air, manakala pihak sekolah hendaklah merujuk pelajar tidak sihat ke klinik atau hospital berhampiran,” katanya. 

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan semasa jerebu untuk mengetahui status terkini jerebu di kawasan masing-masing. 

Katanya, semua pengarah pelajaran di setiap negeri hendaklah sentiasa mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pihak berkuasa di peringkat masing-masing, mengenai keperluan penutupan sekolah serta pelaksanaan sebarang aktiviti membabitkan pelajar.

Jerebu


Pelabuhan Klang, Seri Manjung Kekal Catat IPU Bahaya Pada 2 Petang Ini

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kualiti udara di Pelabuhan Klang, Selangor dan Seri Manjung, Perak kekal pada kategori paras bahaya apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) masing-masing mencatat 452 dan 322, setakat 2 petang ini.

Portal Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melaporkan tiga kawasan di Selangor iaitu Shah Alam, Banting dan Kuala Selangor mencatat IPU sangat tidak sihat dengan bacaan lebih 200.

Muar yang diisytihar kawasan darurat jerebu pada Ahad lepas terus menunjukkan perkembangan positif apabila bacaan IPU terus menurun iaitu 127, berbanding 507 yang dicatat Ahad lepas.

Setakat 2 petang ini, 19 kawasan mencatat IPU tidak sihat, 26 sederhana dan dua kawasan iaitu di Limbang, Sarawak dan Tawau, Sabah adalah baik.

Kawasan yang berada pada tahap tidak sihat ialah USM (113), Perai (112), Seberang Jaya 2, Perai di Pulau Pinang (123); Jalan Tasek, Ipoh (156), SK Jalan Pegoh, Ipoh (200), Kampung Air Putih, Taiping (153), Tanjung Malim di Perak (177); Petaling Jaya, Selangor (185).

Tempat lain ialah Batu Muda (174), Cheras di Kuala Lumpur (155); Putrajaya (180); Nilai (153), Seremban (141), Port Dickson di Negeri Sembilan (148); Bukit Rambai (147) dan Bandaraya Melaka (127).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya.

-- BERNAMA


Status API pada 25 Jun 2013 Jam 7.00 dan 11.00 Pagi

7:00AM

API

Status

Areas

%

0-50 Good 2 6%
51-100 Moderate 25 48%
101-200 Unhealthy 19 36%
201-300 Very Unhealthy 5 9%
>301 Hazardous 1 1%

NEGERI / STATE KAWASAN/AREAMASA/TIME
7:00AM
MASA/TIME
11:00AM
MASA/TIME
5:00PM
Johor Kota Tinggi62*60*#
Johor Larkin Lama82*81*#
Johor Muar165*132*#
Johor Pasir Gudang68*66*#
Kedah Alor Setar61*59*#
Kedah Bakar Arang, Sg. Petani87*87*#
Kedah Langkawi51*51*#
Kelantan SMK Tanjung Chat, Kota Bharu95*92*#
Kelantan Tanah Merah 83*84*#
Melaka Bandaraya Melaka135*131*#
Melaka Bukit Rambai160*153*#
Negeri Sembilan Nilai177*168*#
Negeri Sembilan Port Dickson171*158*#
Negeri Sembilan Seremban165*144*#
Pahang Balok Baru, Kuantan92*86*#
Pahang Indera Mahkota, Kuantan87*83*#
Pahang Jerantut137*137*#
Perak Jalan Tasek, Ipoh139*148*#
Perak Kg. Air Putih, Taiping142*154*#
Perak S K Jalan Pegoh, Ipoh182*193*#
Perak Seri Manjung288*333*#
Perak Tanjung Malim175*179*#
Perlis Kangar56*59*#
Pulau Pinang Perai118*117*#
Pulau Pinang Seberang Jaya 2, Perai132*128*#
Pulau Pinang USM121*118*#
Sabah Keningau53*51*#
Sabah Kota Kinabalu70*71*#
Sabah Sandakan50*51*#
Sabah Tawau42*37*#
Sarawak Bintulu68*62*#
Sarawak ILP Miri78*75*#
Sarawak Kapit78*78*#
Sarawak Kuching80*74*#
Sarawak Limbang56*53*#
Sarawak Miri80*78*#
Sarawak Samarahan77*73*#
Sarawak Sarikei81*80*#
Sarawak Sibu92*81*#
Sarawak Sri Aman81*80*#
Selangor Banting292*266*#
Selangor Kuala Selangor242*229*#
Selangor Pelabuhan Kelang487*484*#
Selangor Petaling Jaya213*199*#
Selangor Shah Alam289*291*#
Terengganu Kemaman125*112*#
Terengganu Kuala Terengganu101*98*#
Terengganu Paka95*91*#
Wilayah Persekutuan Batu Muda,Kuala Lumpur198*189*#
Wilayah Persekutuan Cheras,Kuala Lumpur186*174*#
Wilayah Persekutuan Labuan72*69*#
Wilayah Persekutuan Putrajaya195*198*#







Nota / Note 
*   =  Habuk Halus (PM10)               c =  Ozon (O3)
a   =  Sulfur Dioksida (SO2)            d =  Karbon Monoksida (CO)
b   =  Nitrogen Dioksida (NO2)          & =  Lebih daripada satu pencemaran
       
       
Pengiraan IPU
Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU.

 
Pembentukan ozon di permukaan bumi (O3) 
Menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, lazimnya kepekatan ozon adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan. Di bawah pengaruh cahaya matahari, oksid-oksid nitrogen dan sebatian organik meruap yang dilepaskan dari ekzos kenderaan bermotor dan industri bertindakbalas bagi membentuk ozon di permukaan bumi.
Maklumat Titik Panas (NOAA18)/Hotspots Information (NOAA18)

SPS: Aplikasi Tunggal Pendidikan

PEMBERITAHUAN

Pengoperasian EMIS dan Lain-lain Sistem/Aplikasi di Sekolah Inisiatif Pengintegrasian Data Pendidikan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah bermatlamat untuk menghasilkan satu sumber data pendidikan.  Inisiatif ini merupakan salah satu daripada 25 inisiatif utama yang dilaksanakan dalam Gelombang 1 (2013-2015).

Pengintegrasian data pendidikan adalah bertujuan untuk mewujudkan satu platform kutipan data pendidikan di peringkat sekolah melalui penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). SPS ini akan menjadi satu gerbang kemasukan data tunggal  (single entry point) di peringkat sekolah dalam membekalkan data dan maklumat pendidikan bagi tujuan perancangan dan pengoperasian pendidikan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.

Adalah ditegaskan di sini bahawa SEMUA sistem dan aplikasi yang sedang guna pakai di sekolah pada masa sekarang akan terus beroperasi secara selari dengan peluasan SPS.  Pemberhentian pengoperasian sistem dan aplikasi seperti EMIS, APDM, SMM dan lain-lain sistem hanya akan ditamatkan secara berperingkat-peringkat apabila SPS telah sempurna dan stabil.

Petikan dari lamab web EMISOnline

24.6.13

Jerebu: Semua sekolah di KL, Putrajaya dan Selangor dibuka semula esok

Jerebu: Semua sekolah di KL, Putrajaya dan Selangor dibuka semula esok
24/06/2013 8:29pmKUALA LUMPUR - Semua sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor yang diarah tutup hari ini berikutan keadaan jerebu teruk, akan dibuka semula esok kecuali di Pelabuhan Klang.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Pendidikan), Datuk Sufaat Tumin berkata semua sekolah itu dibenarkan beroperasi semula esok apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus menunjukkan perkembangan positif.
Setakat pukul 5 petang tadi, IPU di Cheras dan Batu Muda, Kuala Lumpur masing-masing menunjukkan bacaan 168 dan 189 manakala IPU di Putrajaya merekodkan 156.
"Sekolah di Pelabuhan Klang pula masih diarah tutup apabila mencatat IPU tahap bahaya iaitu 319,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Sufaat berkata, semua sekolah yang terlibat dengan penutupan sementara akibat jerebu itu perlu mengadakan kelas ganti dan ia akan ditentukan oleh Pengarah Pendidikan Negeri masing-masing. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0624&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_35.htm#ixzz2X95WTpS0 
Hakcipta terpelihara 

20.6.13

Selamat Bersara En. Lim Kong Sang

Pada 19 Jun 2013 yang lalu, En. Lim Kong Sang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam di SJK (C) Chio Chiao, Salak.  

Majlis persaraan beliau telah dihadiri oleh Pegawai dari PPD Sepang dan wakil MGB Sepang.

12.6.13

Bahan Taklimat Konvensyen MGB Selangor


Gambar: Ihsan Hajah Wan Nor Fadriah

  1. Untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut, sila klik pada pautan di bawah: https://drive.google.com/folderview?id=0B5u4r4OQIcxIYjlsSGRPZjZUYzQ&usp=sharing
  2. Kandungan seperti di atas (2 fail powerpoint dan satu folder) akan kelihatan.  
  3. Klik pada fail yang dikehendaki dan Download.
  4. Untuk masuk ke folder, klik pada folder tersebut dan lakukan langkah 3 untuk memuatturun fail yang dikehendaki
  5. Sebarang masalah, sila hubungi saya di sukimin.juki@yes.my