GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MAJLIS PELANCARAN PERAYAAN HARI GURU KALI KE-41
PADA 16 MEI 2012; PUKUL 10.00 PAGI
BERTEMPAT DI DEWAN JUBLI PERAK, KUALA KANGSAR, PERAK
YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
Teks Penuh Ucapan Menteri Pelajaran Petikan Teks Ucapan:
- Malaysia sedang berada di ambang negara maju. Untuk tempoh lapan tahun dari sekarang, negara kita akan melalui satu fasa transformasi penting yang akan menentukan samada kita berjaya melangkah ke gerbang negara maju apabila fajar tahun 2020 menyinsing.
- Bukan sedikit cabaran yang bakal dihadapi dalam.zaman transformasi, Bagi para guru, cabaran paling getir adalah bagaimana untuk melonjakkan kualiti dan ekuiti pendidikan dalam tempoh yang terdekat.
- Kerajaan memberikan tumpuan utama kepada usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara secara menyeluruh dengan tujuan untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan berdaya saing.
- Usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara telah dimulakan sejak tiga tahun yang lalu, dengan melaksanakan empat inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi sektor pendidikan, yang bertujuan untuk memperluas akses kepada pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan.
- Selama lebih lima dekad berada di persada pendidikan negara, guru-guru telah memberi sumbangan yang amat bermakna kepada kemajuan dan pembangunan yang telah dikecapi hari ini. Berkat sentuhan para guru maka lahirlah insan-insan yang terdidik dengan ilmu dan adab, yang kini berada di setiap lapangan ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan sebagainya untuk menggerakkan kemajuan bangsa dan nusa.
- Dalam menghadapi persaingan global yang semakin sengit, sistem dan amalan pendidikan di negara kita perlu ditransformasi. Kualiti guru-guru kita perlu dimantapkan, mutu kepimpinan sekolah perlu ditingkatkan, kurikulum dan sistem pentaksiran perlu diperkemaskan, prasarana sekolah perlu ditambahbaik, sumber dan sistem penyampaian pendidikan perlu diurus dengan lebih cekap.
- Dalam menempuh era globalisasi yang semakin diwarnai oleh ekonomi berteraskan ilmu dan inovasi, maka pada hemat saya, guru yang berkualiti adalah guru yang berinovasi.
No comments:
Post a Comment