Ziarah Orang Sakit & Kematian
Islam menggalakkan umatnya (sunat) supaya
menziarahi orang sedang sakit. Ini merupakan satu kebajikan masyarakat kepada
pesakit dan melahirkan rasa simpati terhadap keluarga pesakit.
Maksud sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksud sabda Rasulullah s.a.w.:
"Dan apabila sakit hendaklah ziarahinya dan apabila meninggal dunia hendaklah menghantarnya ke kubur."
(Riwayat Bukhari)
Ziarah
Kematian
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia mendapat pahala sebesar dua buah gunung."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tatasusila
Semasa Menziarahi
i. Hendaklah melahirkan perasaan muhibbah, bersimpati dan bermanis muka ketika bercakap dengan pesakit atau keluarganya. Jangan sekali-kali mengeluarkan perkataan-perkataan yang boleh melukakan hatinya.
ii. Nasihatkan dia supaya bersabar, teguhkan
iman dalam menghadapi ujian Qadha dan takdir Allah.
iii. Sunat berdoa supaya cepat sembuh dan
panjang umur. Sewaktu Nabi s.a.w.menziarahi orang sakit baginda berdoa,
maksudnya :
"Wahai Tuhan ! Manusia hapuskanlah
penderitaan ini, sembuhkanlah, tidak ada penyembuh melainkan Engkau sahajalah
berkuasa menyembuh tanpa meninggalkan kesan buruk."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
iv. Perlu juga para penziarah memahami situasi
supaya jangan tunggu terlalu lama semasa membuat kunjungan.
v. Berwasiat kepada waris terdekat tentang
hutang piutang pesakit yang belum dijelaskan.
vi. Jangan menghisap curut atau merokok semasa
berhadapan dengan orang sakit.
vii. Jangan berkumpul terlalu ramai sehingga
kesesakan udara untuk bernafas.
viii. Jangan membuat bising dengan gelak
ketawa melalui cerita-cerita lucu. Kita harus ingat suasana majlis itu
kesedihan.
No comments:
Post a Comment