Ingat
Mati
Definisi
Mati
adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah
dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi
menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap
makhluk ini tidak terlepas dari mati.
Maksud Firman Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."
( Surah Ali Imran ayat 185 )
Kematian akan mengejar ke mana saja kita
berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima
tempoh.
Maksud Firman Allah s.w.t:
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."
(Surah al-A'raf ayat 34)
Sesungguhnya kematian itu tidak pernah
diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat
atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu
pasti mencari di mana saja roh berada.
Maksud Firman Allah s.w.t :
"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh."
(Surah an-Nisaa' ayat 78)
Reaksi
Masyarakat
Kita
telah melihat dan akan melihat dua suasana yang berbeza antara satu sama lain
dalam menghadapi kematian. Ada yang ngeri lagi takut mereka belum bersedia
dengan bekalan yang sewajarnya, terlukis dalam alam khayalannya terbujur kaku
tanpa teman, pucat lesi, tidur tidak berbantal dan beralas, takut hantu serba
ragam yang bergolak dalam fikiran yang kusut lagi buntu. Manakala satu pihak
lain, mereka merasa redha dan menanti kedatangan maut itu dengan senang kerana
mereka sudah bersedia dengan amalan yang membawa kesejahteraan dan kenikmatan
kepadanya.
Hukum Ingat Mati
·
Walau bagaimanapun keadaan yang bergolak dalam pemikiran manusia. Namun
Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Samada cara termenung
menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit,
menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya.
·
Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati,
kerana bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas
penderitaan adalah bukan sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak (
haram ) kerana nekad sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri.
·
Adapun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku dan
tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan secara bersandar,
seperti kata doanya, bermaksud :
"Ya Allah hidupkanlah
aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku
sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku"
Hikmah
Ingat Mati
Dengan
mengingati mati akan menimbul rasa taqwa yang mendalam untuk menjunjung
perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala larangannya. Serta
bersungguh-sungguh berusaha memperbanyakkan harta kebajikan, dan pelajaran sama
ada untuk diri atau keluarganya.
Timbul rasa kasih sayang serta muhabbah sesama
manusia, khususnya keluarga, jiran dan masyarakat setempat yang kelak disebut
orang dengan kebaikan.
Lahir perasaan tanggungjawab hendak membimbing
diri dan keluarganya supaya bersungguh-sungguh beramal dan berbuat kebajikan
dalam menuntut keredhaan Allah.
No comments:
Post a Comment