... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

18.9.14

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

Taklimat mengenai Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) kepada Guru Besar dan Penolong Kanan telah diadakan di PPD Sepang pada 27 Ogos 2014.  Setiap sekolah dikehendaki memberi taklimat kepada semua guru dan kakitangannya.

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
    1. PBPPP berhasrat menggantikan penilaian sedia ada di KPM
    2. PBPPP adalah satu kaedah penilaian:
      1. Berdasarkan Job-Based & Workplace
      2. Standard prestasi selaras dengan Goverment Transformation Programme 2.0 (GTP2.0)  & Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025
  • Anjakan ke-4 Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan
  • Anjakan ke-5  Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan di Setiap Sekolah
    1. Matlamat:-
      1. Meningkatkan kecekapan & komitmen bagi melahirkan PPP berprestasi tinggi
      2. Penilaian menyeluruh yang menggabungjalin kompetensi & potensi keberhasilan PPP
    2. Objektif:- Menilai kompetensi & potensi PPP serta menilai keberhasilan (aspek peningkatan)
    3. Dilaksanakan berterusan selama setahun.  Penilaian sekurang-kurangnya 2 kali setahun
    4. Dinilai oleh 2 orang pegawai berdasarkan generik/fungsional/keberhasilan
    5. Penilaian kompetensi (Generik + fungsional), Generik- semua PPP dinilai sama.  Fungsional - berdasarkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang masing-masing
Generik dan Fungsional:
D1: 20% Profesionalisme
  • Nilai profesional - 6%,
  • Sahsiah - 4%
  • Potensi - 4%
  • Keilmuan & pengetahuan - 6%)
D2: 10% Tugasan tambahan
  • Hubungan luar - 4%
  • Tugas sampingan - 6%)
D3: 10% Penglibatan
  • sumbangan - 10%
1.  bimbingan & motivasi
2.  sumbangan profesional & sosial
D4 : 60% Kemahiran
  • peranan PdP - 20%
  • Pelaksanaan PdP - 30%
  • Pentaksiran PdP - 10%

Penilaian keberhasilan (Keberhasilan) - 100%
  • Keberhasilan - mengukur peningkatan bukan pencapaian
Peningkatan - sebarang perkembangan pengetahuan/kemahiran/hasil kerja/tingkah laku
  • Keberhasilan merujuk kepada sasaran peningkatan individu
1.  Perancangan guru - Folder Rancangan Mengajar/RPH/SKT
2.  Prestasi murid - berdasarkan headcount/ToV/ETR
3.  Laporan prestasi keseluruhan murid - laporan AR
4.  Pencapaian murid/sekolah (peningkatan band/GPS)


Peningkatan markah subjek dominan/major
sekiranya terdapat lebih dari 1 peningkatan, ambil yang terbaik


Penetapan sasaran- persetujuan bersama melalui perbincangan antara PP dan PYD

Markah Penilaian kompetensi = 90% + Keberhasihan = 10%
Jumlah = 100%


    1. Diukur 3 kategori (Tinggi/Sederhana/Rendah)
Markah Prestasi
90-100 Cemerlang   Tinggi
80-89.99 Baik Sederhana
60-79.99 Sederhana Sederhana
50-59.99 Kurang memuaskan Lemah
0-49.99 Lemah Lemah
    1. LNPT masih dilaksanakan.  PBPPP dilaksanakan sepenuhnya pada 2015 apabila diluluskan
    2. Jawatankuasa PBPPP
Pengerusi : Guru Besar
Setiausaha : Penolong Kanan
AJK : PK HEM
PK Kokurikulum
Ketua Panitia
Urusetia : KPT/PT


Perlu isi  Borang Perakuan Akta Rahsia Rasmi (Lampiran D)
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   

    1. PBPPP melibatkan 2 orang Pegawai Penilai (PP) iaitu PP 1 dan PP 2
    2. PP  & PYD akan diputuskan oleh jawatankuasa PBPPP

Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam - 7 Hari Setahun

Sewaktu menghadiri Kursus Pemugaran Fail Arkib Sekolah-sekolah Selangor 2/2014 di Ritz Garden Hotel Ipoh pada 25-27 Ogos lalu, diselitkan satu taklimat rimgkas mengenai latihan (7 hari setahun).  Ketua Jabatan hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan agar semua kakitangan di bawah pentadbirannya mematuhi ketetapan tersebut.

Disebutkan dalam taklimat betapa terdapat bnyak sekolah yang silap dalam mentafsir latihan dan LADAP.  Ini sedikit sebanyak menimbulkan kesukaran untuk memenuhi kecukupan latihan. Juga dimaklumkan bagaimana perhimpunan mingguan boleh diambil kira sebagai latihan dengan syarat ia telah diputusakn dalam mesyuarat pengurusan sekolah dan hendaklah diambil kehadiran rasmi mereka yang hadir ke perhimpunan tersebut.

Berikut dimuatkan sepintas lalu mengenai latihan untuk dijadikan panduan dan pengetahuan.



  1. Dasar Latihan Sektor Awam
    1. Definisi  Latihan - Aktiviti Latihan yang dijalankan selama 6 jam secara bersemuka dan berterusan anjuran Jabatan, Bahagian atau Agensi Luar di dalam dan di luar negara.
      1. Contoh aktiviti:
        1. Kursus
        2. Seminar
        3. Konvensyen
        4. Bengkel
        5. Forum
        6. Simposium/Persidangan
      2. Kiraan:
        1. Tempoh 6 jam bersamaan 1 hari berkursus
        2. Minimum 2 hari setahun (wajib dihadiri)
        3. Kursus pendek jangka panjang (melebihi 3 bulan tidak diambil kira)
    2. Definisi Sesi Pembelajaran (Bersemuka) - Sebarang aktiviti latihan atau pembelajaran secara bersemuka yang tempohnya kurang daripada 6 jam anjuran Jabatan, Bahagian atau Agensi luar di dalam negara
      1. Contoh aktiviti:
        1. Sesi Pembelajaran
        2. Perhimpunan Bulanan
          1. perhimpunan mingguan (sediakan kehadiran)
          2. taklimat
          3. Mesyuaratkan dan putuskan agar ia dibolehkan untuk diambilkira
        3. Program Penerapan Nilai-nilai Murni dan Ceramah-Ceramah Khas
        4. Program Sambutan/Program Khas - Sambutan Bulan-Bulan Islam/ Perayaan yang mengandungi ucapan/ceramah/forum
        5. Pembentang kertas di Seminar, Konvensyen, Simposium dan Persidangan
        6. Menyampaikan ceramah di dalam Kursus/Bengkel (Modul yang pertama kali dibentangkan atas tajuk yang sama sahaja diambilkira).
      2. Cara kiraan:
        1. Kehadiran 6 jam bersamaan 1 hari berkursus
        2. Pembentangan kertas kerja/Ceramah 1 kertas yang dibentang bersamaan 1 hari.  Maksimum 3 hari sahaja
        3. Bagi pertemuan mentor-mentee serta sesi perbincangan/ perkongsian idea dengan pengurusan tertinggi (catatan perbincangan mestilah dibuat di dalam sebuah buku catatan)
    3. Definisi Sesi Pembelajaran (Tidak Bersemuka) - Sebarang aktiviti latihan atau pembelajaran secara tidak bersemuka dan tidak berterusan yang tempohnya kurang daripada 6 jam anjuran Jabatan, Bahagian atau Agensi luar di dalam negara
      1. Contoh aktiviti:
        1. Lawatan Kerja
        2. On-the-job training
        3. Latihan Sangkutan
        4. Simulasi
        5. Lain-lain (seperti kajian kes, tayangan filem, under study)
      2. Cara kiraan -  Kehadiran 6 jam bersamaan 1 hari berkursus
    4. Definisi (Pembelajaran Kendiri) : Kaedah pembelajaran yang berkonsepkan belajar atas daya usaha sendiri. Pembelajaran melibatkan secara tidak bersemuka (online).
      1. Contoh aktiviti:
        1. Penggunaan portal e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)
        2. Penggunaan portal e-pembelajaran yang diiktiraf oleh Jabatan/ Kementerian
        3. Penggunaan Pangkalan Repositori Ilmu Sumber Manusia
        4. Pembacaan buku-buku ilmiah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (termasuk e-book)
        5. Pembacaan Jurnal Ilmiah/Laporan Kajian dan lain-lain bahan ilmiah secara fizikal atau maya (virtual)
      2. Cara kiraan:
        1. Satu sesi pembentangan perlu diadakan di peringkat Jabatan, Bahagian, Cawangan atau Seksyen. Seorang pegawai di peringkat Kumpulan Pengurusan & Profesional (Gred 41 dan ke atas) atau Pegawai Pengesah Latihan perlu hadir sebagai penyelia. Setiap satu pembentangan diiktiraf sebagai satu hari berkursus.
        2. Maksimum 3 hari setahun iaitu bersamaan dengan 3 kali pembentangan dalam setahun.