Rujukan: JPNS.SPA.100-1/1Jld5(61) bertarikh 19 Mac 2013
Dalam surat siaran ini ada menyebut SPI berikut untuk rujukan:
- Surat Pekeliling Ikhtisas 8/1990: Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa Untuk Mata-Mata Pelajaran Program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Bagi Sekolah Menengah Atas Mulai Tahun 1992
- Pekeliling Ikhtisas 6/1991: Sukatan Pelajaran Dan Peruntukan Masa Untuk Mata-Mata Pelajaran Program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Bagi Sekolah Menengah Rendah Dan Sekolah Menengah Atas
- Surat Pekeliling Ikhtisas 7/1994: Peruntukan Masa KBSR bagi Seminggu dan Jadual Pelaksanaan Mata-Mata Pelajaran KBSR
Mungkin juga SPI berikut boleh dijadikan panduan lanjut:
- Surat Pekeliling Ikhtisas 10/1995: Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal Bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
- Surat Pekeliling Ikhtisas 8/2002: Penawaran Mata Pelajaran Bahasa Tambahan di Sekolah Kebangsaan (SK)
- Surat Pekeliling Ikhtisas 13/2004: Pelaksanaan Program j-QAF di Sekolah Rendah
SPI 8/2002 telah menambah 1 masa kepada Sekolah Kebangsaan yang menawarkan mata pelajaran Bahasa Tambahan [para 2: ...pertambahan masa persekolahan sebanyak tiga puluh (30) minit bagi Tahap 1 sekolah rendah. Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Tambahan hendaklah dimasukkan dalam jadual waktu rasmi sekolah]
SPI 13/2004 juga telah menambah masa belajar murid [para 3.3] namun tidak diletakkan dalam jadual waktu rasmi. Ia dikhususkan untuk Tasmik Khatam Al-Quran. Memandangkan ia tidak diletakkan dalam jadual waktu rasmi, maka ramai yang lalai dengan tidak mengambil tempoh masa Tasmik sebagai tempoh masa belajar rasmi. Bilangan waktu guru yang terbabit dengan Tasmik adalah dikira sebagai masa mengajar rasmi guru tersebut.
Ini bermakna seharusnya perlu dikeluarkan satu SPI baru yang mengambil kira semua perubahan ini agar semua pihak mendapat gambaran organisasi sebenar jadual pembelajaran di sekolah rendah. Selagi tidak dikeluarkan, maka banyak pihak yang akan kekal merujuk kepada SPI yang dikeluarkan pada tahun 1994 dan tahun-tahun sebelumnya yang mana sudah pasti masa belajar tambahan yang muncul dalam SPI 8/2002 dan SPI 13/2004 tidak terlihat untuk diambil kira.
SPI 13/2004 yang telah dilaksanakan pada semua tahun (tahun 1 hinga tahun 6) sebenarnya memberi cabaran yang besar kepada pengurusan Sekolah Kebangsaan dari segi menetapkan masa mula dan masa balik sesi pagi dan sesi petang, penyusunan jadual guru, penggunaan bilik, jadual pengangkutan murid pergi dan balik serta hubungan dengan sekolah agama. Kesannya semakin bertambah andainya sekolah tersebut adalah dua sesi dan menawarkan mata pelajaran bahasa tambahan.
SPI 13/2004 yang telah dilaksanakan pada semua tahun (tahun 1 hinga tahun 6) sebenarnya memberi cabaran yang besar kepada pengurusan Sekolah Kebangsaan dari segi menetapkan masa mula dan masa balik sesi pagi dan sesi petang, penyusunan jadual guru, penggunaan bilik, jadual pengangkutan murid pergi dan balik serta hubungan dengan sekolah agama. Kesannya semakin bertambah andainya sekolah tersebut adalah dua sesi dan menawarkan mata pelajaran bahasa tambahan.
Sehubugan itu, timbang tara diperlukan bagi sekolah kebangsaan 2 sesi
Pelaksanaan j-QAF di sekolah rendah mulai tahun 2004 sedikit sebanyak memerlukan sekolah membuat sedikit perubahan dari segi jadula waktu. Model Tasmik Khatam A-Quran (perkara 3.3) memerlukan sekolah menambah masa persekolahannya. Bagi sekolah dua sesi, pada masa ini (setelah semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 terlibat dengan j-QAF) maka tempoh masa persekolahan menjadi bertambah panjang. Sehubungan itu, untuk mengelakkan murid sesi petang balik terlalu lewat terpaksa sekolah tersebut mengawalkan sedikit waktu mula persekolahan sesi pagi. Mungkin perkara ini tidak disedari banyak pihak kerana j-QAF dilaksanakan secara beransur-ansur. Hanya sekolah dua sesi yang akan mengalami masalah kekurangan bilik darjah akan mengalami masalah Seharusnya telah ada SPI baru dikeluarkan membantu membaiki keadaan
No comments:
Post a Comment