... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

13.1.12

e-SSPeL: Mengemaskini Pertukaran Keluar Masuk Guru dan Kakitangan

Setiap awal tahun, kebiasaannya akan ada berlaku pertukaran masuk atau keluar guru/kakitangan dari sekolah kita. Oleh itu adalah perlu untuk kita memastikan rekod sesorang itu dipindahkan ke sekolah/organisasinya yang baru.  Untuk melakukannya, sekolah asal dan sekolah penerima perlu melakukan tugasan KeMas yang disediakan dalam Aplikasi e-SSPeL. Fungsi ini boleh diakses pada menu dan submenu Selenggara > KeMas (Keluar/Masuk).  Hanya Ketua Jabatan (Pengetua), Timbalan Ketua Jabatan (Pen. Kanan Pentadbiran), Naib Ketua Jabatan (semua  PK yang lain) dan SU Latihan akan akan nampak menu ini

Sekolah Asal:
    1. Sebelum melakukan urusan mengeluarkan nama ini, sila sediakan surat pertukaran pegawai tersebut (untuk merujuk maklumat yang diperlukan oleh sistem)
    2. Masuk ke  KeMas (Keluar/Masuk).  Sistem akan paparkan senarai semua guru dan staf sekolah.  Klik pada lajur Tindakan guru/staf yang hendak dikeluarkan.
    3. Masukkan semua maklumat yang dikehendaki seperti contoh di bawah:
image.png

Setelah selesai, klik Kemaskini.
Hubungi sekolah penerima untuk memaklumkan mereka sudah boleh melakukan KeMas dengan mengambil masuk guru/kakitangan yang sudah kita 'KeMas' tersebut.


Sekolah Penerima:
Masuk ke  KeMas (Keluar/Masuk).  Sistem akan paparkan senarai semua guru dan staf sekolah.  
  1. Klik Masuk.  Senarai mereka yang akan bertukar ke sekolah kita akan dipaparkan
  2. Klik pada lajur Tindakan.  Satu pop-up window yang memaparkan maklumat mengenai pertukaran guru/staf tersebut.
  3. Klik Kemaskini (jika semuanya betul)
  4. Maka semua rekod guru/staf tadi akan berpindah ke sekolah kita.

No comments:

Post a Comment