... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

12.1.12

1Bestari.Net

CD installer antivirus Symantec

Zoom

Go

Ramai rakan bertanya tentang pelbagai bekalan kelengkapan ICT yang tidak semena-mena sampai ke sekolah. Antaranya ada yang menerima server, printer, scanner dan tidak ketinggalan capaian internet menggunakan teknologi 4G Yes dari YTL Communications. Memandangkan ketiadaan makluman rasmi mengenainya maka masing-masing tertanya-tanya. Untuk membantu rakan-rakan, sedikit carian berdasarkan sumber-sumber tidak rasmi (kerana ketiadaan sumber rasmi yang boleh diperolehi), difahamkan bahawa capaian internet sekarang ('Schoolnet' oleh Telekom Malaysia) akan ditamatkan dan digantikan dengan perkhidmatan Yes.

Apa yang dibekalkan?
  1. 4 modem Zoom.
  2. Sekeping CD anti virus Symantec
  3. 2 buah Starter Pack Go yang mempunyai isi nilai RM50 (ini adalah hadiah)
Apa yang akan mereka lakukan?
  1. Memasang 3 modem Zoom di pejabat, makmal komputer dan bilik guru. Sebuah lagi adalah sebagai simpanan
  2. Memasang program anti virus
  3. Mengkonfigur modem Zoom agar rangkaian komputer sekolah boleh mengakses internet melalui gatewaynya
Bagaimana menyemak sama ada kerja yang dilakukan sempurna:
  1. Uji setiap capaian internet setiap modem dengan pelbagai gajet - notebook, iPad, telefon bimbit dsb
  2. Semak berapa kelajuannya. Boleh uji dengan klik di sini 
  3. Semua komputer di makmal (dan rangkaian) boleh mengakses internet
  4. Semua komputer yang dipasang antivirus boleh mengemaskinikan fail datanya serta berfungsi mengimbas
Pastikan perkara 3 di atas dilaksanakan. Mungkin ada antara mereka cuba menasihati agar tidak perlu menyambung Zoom ke rangkaian komputer sekolah kerana capaian internet sedia ada ('Schoolnet') oleh semua komputer dalam rangkaian adalah berfungsi dengan baik. Namun perlu diingat, sebaik Zoom YTL secara rasmi mengambil alih tugas capaian internet sekolah, maka perkhidmatan 'Schoolnet' sedia ada sekarang akan ditamatkan. Pada ketika itu jika tidak dikonfigur rangkaian dengan Zoom YTL maka capaian internet oleh komputer dari rangkaian sekolah kita tidak dapat dilakukan. Maka kita perlu memanggil semula mereka untuk membuat konfigurasi ini.

Pastikan kita
  1. Dapatkan pass code setiap modem
  2. Daftarkan ke dalam stok (menurut YTL peralatan tersebut adalah milik mereka, jadi tidak perlu didaftarkan ke dalam stok sekolah). Mohon ada cetakan "Hak milik YTL" untuk elakkan kekeliruan.
  3.  Semua komputer di rangkaian (makmal komputer, pejabat bilik khas dsb) dapat mengakses internet dan intranet seperti biasa.
  4. Prestasi capaian internet semakin baik kerana kelajuannya adalah lebih laju daripada sebelumnya.
Sebarang masalah sila hubungi talian Hotline di 018-7998787.
Persoalan:
  1. Masih adakah lagi rangkaian intranet sesama sekolah?
  2. Adakah aplikasi sedia ada di sekolah masih boleh digunakan seperti biasa?
  3. Pada masa ini tiada sebarang halangan untuk melayari ke mana saja tanpa tapisan. Adakah ini akan berterusan?
Sila juga baca:
  1. Internet Sekolah Baru
  2. 1Bestari.net dan Kebenaran Melanggan ISP
  3. YES untuk 1Bestari.net
  4. 1Bestari.net : Revolusi Internet Sekolah
  5. YES

Hati-hati Cikgu - Petikan dari laman web BTPN Selangor

Hati-hati Cikgu
Sekadar mengingatkan kepada guru atau pihak bertanggungjawab.
Ia berikutan terhadap penerimaan peralatan barang atau perkhidmatan pada akhir tahun ini daripada kontraktor atau pihak vendor yang dilantik oleh pihak KPM atau seumpamanya supaya berhati-hati serta membaca terma-terma atau perincian sebelum mengesahkan SAP (Salinan Akuan Penerimaan) atau DO (Delivery Order).
Kami tidak menggalakkan anda mengesahkan penerimaan peralatan yang tidak sempurna atas dasar kepercayaan bahawa ia akan dilengkapkan kemudian memandangkan kebanyakan vendor sedang mengejar masa dalam menyiapkan kontrak mereka. Tanggungjawab dan kebijaksanaan terletak di atas bahu anda dalam membuat tindakan yang sewajarnya.


No comments:

Post a Comment