... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

27.6.12

Kepimpinan Instruksional

Istilah instruksional berasal daripada perkataan instruction dalam bahasa Inggeris, iaitu daripada kata dasar instruct yang bermaksud ajar.  Istilah instruksional adalah kata kerja yang bererti pengajaran atau proses mengajar sesuatu.  Ia adalah proses, bentuk, atau cara penyampaian maklumat oleh seseorang kepada orang lain. Pengajaran  boleh berbentuk arahan, tunjuk cara, penerangan lisan, dan bukan lisan, atau bentuk-bentuk lain yang bertujuan membolehkan orang lain memahami, memulakan, atau menjalankan sesuatu aktiviti, tindakan atau tugas.

Dalam konteks sekolah dan kegunaan seharian, istilah pengajaran biasanya digunakan berbanding istilah instruksional.  Mungkin disebabkan oleh keghairahan dan eksklusiviti yang dikaitkan dengan maksudnya dalam bahasa Inggerisnya, maka istilah kepimpinan instruksional kerap digunakan berbanding kepimpinan pengajaran walaupun kedua-duanya membawa maksud yang sama.

Petikan dari buku Kepimpinan Instruksional: Satu Panduan Praktikal

No comments:

Post a Comment