... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

7.6.12

1BestariNet: Panduan Persediaan Awal Sebelum Pemasangan

                          
1BRIS bermaksud 1BestariNet Receiver Integrated System. Peralatan ini akan dipasang di sekolah tertentu sahaja.

Pada masa ini penggantian talian internet sekolah daripada TM School Broadband/VSAT kepada 1BestariNet sedang dijalankan oleh YTL Corporation. Berikut adalah info yang perlu diberi perhatian oleh pihak pentadbir sekolah.

  1. Bagi sekolah-sekolah yang mempunyai liputan YES, pihak vendor akan terus memasang Customer Premise Equipment  (CPE) iaitu Zoom. Peralatan CPE ini akan diintegrasikan dengan Rangkaian Dalaman (Network) sekolah. Bagi sekolah yang terlibat, pemasangan ini termasuk instalasi Antivirus Symantec. Instalasi Antivirus tidak meliputi semua komputer di sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah boleh mengarahkan   Juruteknik Komputer/Penyelaras Komputer sekolah untuk melakukan instalasi Antivirus. Pihak sekolah boleh menandatangani Sijil Akuan Penerimaan (SAP) jika talian internet di sekolah boleh digunakan dengan menggunakan CPE & Rangkaian (Network) sekolah
  2. Bagi sekolah-sekolah yang tidak mempunyai liputan YES, pihak vendor akan melakukan lawatan tapak. Pihak vendor akan meminta pihak sekolah mencadangkan tapak yang bersesuaian untuk mendirikan menara pemancar 1BRIS. Pihak sekolah adalah diminta untuk mencadangkan lokasi yang bersesuaian.  Namun, jika tiada lokasi yang bersesuaian, pihak sekolah boleh memaklumkan kepada vendor berkenaan.
  3. Pada dasarnya setiap 1BRIS boleh dikongsi guna oleh 2 atau 3 buah sekolah yang berdekatan dengan jarak terbaik sekolah tersebut dari 1BRIS adalah kurang dari 2 km. 1BRIS mempunyai 3 pilihan jenis lokasi untuk dipasang dengan keutamaannya di atas bumbung, atas tangki air dan akhir sekali di atas tanah. Pihak sekolah boleh berbincang dengan pihak vendor untuk penetapan lokasi yang bersesuaian.

No comments:

Post a Comment