... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

26.11.13

Pemilihan Guru Besar

 Pautan ke ePangkat

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan syarat baharu pemilihan Pengetua dan Guru Besar (PGB) selaras dengan aspirasi Anjakan Kelima, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap Sekolah.
Tarikh kuatkuasa syarat baharu PGB adalah mulai tahun 2014. Urusan pemangkuan bagi pengisian jawatan PGB merupakan urusan khusus dan dilaksanakan melalui Modul Penggantiaan Pemimpin Sekolah (MPPS) di bawah Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat).

Berikut ialah dua surat yang berkaitan telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan:
  1. Syarat Baharu Pemilihan Pengetua dan Guru Besar bertarikh 12 November 2013
  2. Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) ke Gred DGA34 dan Gred DGA32 bagi Mengisi Jawatan Guru Besar Tahun 2014 di Kementerian Pendidikan Malaysia Melalui Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) bertarikh 14 November 2013
URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) KE GRED DGA34 DAN GRED DGA32 BAGI MENGISI JAWATAN GURU BESAR TAHUN 2014 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MELALUI SISTEM KENAIKAN PANGKAT (ePANGKAT)
Dimaklumkan bahawa pemangkuan pemangkuan PPPLD Gred DGA32 ke Gred DGA34 dan Gred DGA29 ke Gred DGA32 (Bidang Umum, Cina dan Tamil) bagi mengisi kekosongan jawatan Guru Besar di Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2014 berikut:
Syarat-syarat Umum:
 
1.Telah disahkan dalam perkhidmatan (bagi urusan pemangkuan ke Gred DGA32 sahaja
2.mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sebanyak 85% berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terkini (2010, 2011 dan 2012);
3.Bebas dari tindakan tatatertib;
4.Telah mengisytiharkan harta;
5.Lulus tapisan keutuhan SPRM
6.Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
7.Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
 
Syarat-syarat Khusus:
1.Telah dinaikkan pangkat ke Gred DGA32 atau sekurang-kurangnya lima (5) tahun di Gred DGA29;
2.Mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu :
(a) Bidang Umum; atau
(b) Bidang Cina; atau
(c) Bidang Tamil 
3.Lulus Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) atau Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH);
4.Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Bidang / Penolong Kanan / jawatan-jawatan pentadbiran di PPD / JPN / Bahagian / IAB / IPG / KM;
5.Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun tempoh perkhidmatan sebelum bersara; dan
6.Melepasi tahap kesihatan yang memuaskan (Perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2013
 
Calon-calon yang memohon untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ke Gred DGA34 dan ke Gred DGA32 ini hendaklah memohon melalui Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) di bawah Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) di http://apps2.moe.gov.my/tls/login.php

No comments:

Post a Comment