NAZAK
Tanda-tanda
Nazak
Orang
yang sakit tenat sebelum menghembuskan nafas terakhir kebiasaannya didatangi
beberapa tanda yang ketara atau sebaliknya, di antara tanda-tanda tersebut
ialah :
1 Tapak kakinya lurus
2 Hidungnya tunduk pucat tidak berpeluh
3 Sendi pergelangan tangan renggang
4 Keningnya luas tergonggong biji mata
5 Lidah kelu dan tertutup selera
6 Tidak mengecam sahabat-sahabat atau keluarga
dengan penglihatan (kabur penglihatan)
7 Perubahan tabiat
8 Terlalu dahaga sentiasa minta air
9 Meminta sesuatu yang ganjil
10 Mata selalu tenung ke atas
11 Tidak ada timbal balik pernafasan.
.
Amalan
Sunat
Apabila terdapat beberapa tanda-tanda tersebut
adalah disunat melakukan :
1 -Ajar mengucap ditelinganya La ilaha
illallah setelah ia mengucap, maka tidak perlu lagi diulangi melainkan jika ia
diselangi pula dengan ucapan keduniaan.
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :"Ajarkanlah
orang yang hampir mati itu La ilaha illallah."
2 -Membaca Surah Yaasin
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :
"Kamu bacakanlah Yaasin kepada orang yang
hampir mati."
3 Titik air ke dalam mulutnya
Basahkan muka dan dadanya dengan air. Kerana
Nabi s.a.w. ketika hampir wafat meminta semangkuk air dan membaca Surah Ikhlas,
Surah al-Falaq dan Surah an-Nas, lalu dibasuh muka dan menyapu dadanya.
Allahua'alam