Post-mortem diadakan dengan dipengerusikan oleh En. Amin b. Sulaiman, Timbalan PPD Sepang. Tn. Hj. Sailan Misran, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Pengurusan Akademik) bertindak sebagai urus setia. Sesi pembentangan tamat agak lewat iaitu kira-kira pukul 1.30 tengah hari.
Tuan pengerusi menyampaikan beberapa perkara untuk perhatian dan tindakan bersama:
- Langkah penjimatan akibat pengurangan bajet 2010 sektor pendidikan
Tuntutan perjalanan akan dikurangkan 50%
Buku Rekod Mengajar Guru Besar tidak perlu dihantar ke PPD seperti yang diarahkan sebelum ini bagi mengurangkan perjalanan. Namun ia akan diperiksa oleh Pegawai PPD yang datang melawat sekolah
Penggunaan utiliti. Pastikan dijimat sebaik mungkin. Elakkan lampu dan air terpasang tanpa ada keperluan
Sukan daerah - tiada sebarang pertandingan peringkat daerah kecuali olahraga dan merentas desa. Aktiviti sukan perlu dijalankan secara dalaman di sekolah. Ini berikutan untuk mengurangkan tuntutan perjalanan. Pemilihan wakil daerah akan dibuat dalam sesi khas yang tidak melibatkan pertandingan. - Semua sekolah diminta menghantar segera jadual pentadbir (GB dan semua PK) ke PPD
- Sekolah yang masih belum membayar MSSS tahaun lepas diminta menjelaskannya segera
- Komunikasi secara berhemah dan berkesan perlu diamalkan di sekolah di antara pentadbir dengan guru dan guru dengan pelajar
Di dalam sesi tersebut, semua 22 Guru Besar/wakil (kecuali SK Taman Putra Perdana 2 yang tiada calon UPSR) diminta membentangkan rancangan peningkatan akademik yang dijalankan di sekolah masing-masing.
Selepas tamat sesi post-mortem, satu sesi post post-mortem tidak rasmi diadakan di gerai tepi jalan sambil makan tengah hari.
Oleh kerana belanja berhemah, lepas mesyuarat kena la kami makan sendiri. Rezeki kami, Cikgu Rasid belanja kami makan cendol dengan kuih cucur udang. Tq Cikgu..
ReplyDeleteAskm Wan! Sekarang Wan dah dinaiktaraf jadi administrator. So Wan dah boleh invite sendiri member2 lain untuk join jadi author/contributor blog ini
ReplyDeleteTinggi taraf tu..Ok, saya cuba tapi bg rakan yg tak ada blog, boleh dijemput juga ke?
ReplyDelete