... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

22.12.14

Persidangan Meja Bulat - Pemantapan Profesionalisme Keguruan

Meja Bulat ini diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Pendidikan Sepang pada 22 Disember 2014(Isnin) yang dihadiri oleh Pasukan Pemandu Program Pemantapan Profesionalime Keguruan. Ahli pasukan ini terdiri daripada semua Ketua Unit, SISC+, SIP+ dari PPD, 5 pengetua dan 6 guru besar. Persidangan dikendalikan oleh Tn. Haji Mutalib Tomran, Timbalan PPD dengan dibantu oleh Tn. Hj. Sailan. Tiga tajuk dibincangkan ialah: Guru Profesional (GP) Profesionalisme Keguruan (PK) Implementasi peningkatan PK dalam Sepang Domain diri Domain profesion Domain sosial Pengetua terdiri daripada Tn. Hj. Muskamal, tn. Hj Amin Sulaiman, Tn. Hj. Amin, Pn. Zaini, Pn. Rogayah sementara enam orang guru besar pula ialah En. Sukimin, En. Tamil Sekaran, En. Low, En. Ishak, En. Zahari dan Pn. Hajah Noredzan

No comments:

Post a Comment