Setelah memasuki tahun ketiga Pentaksiran Berasaskan Sekolah diperkenalkan, kini masyarakat semakin biasa dengan penggunaan istilah band. Penguasaan murid terhadap kurikulum kini diwakili oleh band. Band 6 adalah yang terbaik sementara band 1 pula adalah yang terendah. Sudah pasti guru dan ibubapa akan berbangga andainya anak murid atau anak mereka memperolehi band 6 dalam sesuatu mata pelajaran. Kini ibubapa boleh mengetahui pencapaian anak mereka dengan melihat slip Laporan Bersepadu Sumatif (Pencapaian Murid) yang menunjukkan band pencapaian anak mereka bagi setiap mata pelajaran yang diambil. Selain slip ini menunjukkan band, ia juga turut memberikan laporan pencapaian bagi setiap mata pelajaran dalam bentuk deskriptif. Laporan ini dijana secara automatik oleh aplikasi dalam talian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Guru kelas akan mencetak slip keputusan ini pada penghujung tahun dan diserahkan kepada ibubapa sewaktu sesi pertemuan dengan ibubapa.
Namun mari kita lihat sama ada kita benar-benar memahami tentang band. Berdasarkan senario berikut, cuba beri jawapan:
- Persekolahan sudah memasuki bulan April, pengetua di sebuah sekolah ternama memaklumkan bahawa hampir 80% pelajarnya telah mencapai band 6 dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
- Persekolahan sudah memasuki bulan 9, Guru Besar di sekolah kecil memaklumkan bahawa masih belum ada lagi muridnya yang mendapat band 1 dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Seandainya perancangan dan proses PdP di kedua-dua sekolah ini adalah normal, situasi manakah yang lebih boleh dipercayai? Mengapa?
No comments:
Post a Comment