... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

29.12.21

MAJLIS SANJUNGAN BUDI, BUDI BERTAHUN SEGUNUNG INTAN

 Majlis Guru Besar Daerah sepang telah berjaya mengadakan Majlis Sanjungan Budi, Budi Bertahun Segunung Intan bersempena perpisahan Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Sepang ke Pontian, Johor. Majlis ini telah diadakan mengikut butiran berikut:

        Tarikh    : 24 Disember 2021 (Jumaat)

        Masa      : 2.30 petang

        Tempat   : Nilai Spring Resort

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Sepang, Tuan Ishak bin Abdullah bersama-sama beberapa orang Pegawai PPD Sepang yang turut bersama. Tuan Haji Mutalib dan Cikgu Sukimin turut hadir dalam majlis ini bagi meraikan perpindahan sahabat yang dikasihi, Cikgu Faizam bin Abd Wahab. Pihak MGB Sepang berasa sangat kehilangan butir permata yang semakin bergilapan yang telah menerajui kepimpinan MGB Sepang dengan cemerlang sekali. Semoga Cikgu Faizam bin Abd Wahab akan terus cemerlang di tempat baharu. Kenang Kami Dalam Doamu.










































No comments:

Post a Comment