... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

29.3.22

PENATARAN TADBIR URUS SEKOLAH RENDAH KPM MySG KEPADA SEMUA GURU BESAR DAN GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Tanggal 29 Mac 2022 bersamaan hari Selasa yang indah telah diadakan satu sesi Penataran Tadbir Urus Sekolah Rendah KPM MySG kepada semua Guru Besar dan Guru Penolong Kanan bagi memberikan pencerahan berkaitan satu pengurusan yang cekap dalam pendidikan di bawah lembayung KPM. Taklimat ini adalah kerjasama antara pihak PPD Sepang dan MGB Sepang bagi membuat suatu reformasi dalam pengurusan pendidikan agar menjadi entiti KPM yang terus cemerlang mengorganisasikan pengurusan di sekolah dengan cekap. Julung kalinya sesi taklimat kali ini dibuat secara Hybrid disebabkan kekangan tempat taklimat tetapi ia bukanlah suatu halangan bagi pihak MGB dan PPD Sepang juga. 

Dalam ucaptama tuan KPPD, Tuan Ishak bin Abdullah menekankan bahawa suatu reformasi pendidikan harus dilakukan di peringkat sekolah agar sebuah organisasi sistematik terbentuk dan sistem pentadbiran dan pengurusan dalam berjalan dengan dinamika yang unggul. Penceramah jemputan pada pagi ini merupakan seorang yang sangat arif berkaitan MySG ini iaitu Encik Sukimin bin Juki. Beliau merupakan fasilitator dalam menyiapkan buku MySG ini. Peserta taklimat telah menerima input yang sangat berguna dan bermanfaat sepanjang taklimat dijalankan.

Pihak MGB melalui Pengerusi MGB Sepang, Puan Norlaili binti Mohd Noor berharap dengan sesi taklimat kali ini dapat memberikan pencerahan kepada semua barisan pentadbir di peringkat sekolah agar dapat berjalan dengan sistematik dan mempunyai hala tuju yang sama antara semua sekolah di bawah lembayung KPM. 
























No comments:

Post a Comment