Majilis Guru Besar (MGB) Sepang dianggotai oleh 24 orang Guru Besar (GB) Sekolah Kebangsaan (SK), 7 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 8 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Ini bermakna MGB terbahagi kepada 3 iaitu MGB SK, MGB SJKC dan MGB SJKT. Namun ketiga-tiganya bergabung di bawah satu bumbung MGB Sepang yang mana secara automatiknya ia diketuai oleh Pengerusi MGB SK dan dibantu oleh dua orang Naib Pengerusi iaitu Pengerusi MGB SJKC dan Pengerusi MGB SJKT.
29.12.21
SPI BIL. 9 TAHUN 2021: PELAKSANAAN STANDARD PENGUKURAN INDEKS JISIM BADAN (BODY MASS INDEX) UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA BERUMUR LIMA HINGGA SEMBILAN TAHUN MENGIKUT KALENDAR AKADEMIK BERMULA SESI 2022/2023
SPI BIL. 9 TAHUN 2021: PELAKSANAAN STANDARD PENGUKURAN INDEKS JISIM BADAN (BODY MASS INDEX) UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA BERUMUR LIMA HINGGA SEMBILAN TAHUN MENGIKUT KALENDAR AKADEMIK BERMULA SESI 2022/2023
MAJLIS SANJUNGAN BUDI, BUDI BERTAHUN SEGUNUNG INTAN
Majlis Guru Besar Daerah sepang telah berjaya mengadakan Majlis Sanjungan Budi, Budi Bertahun Segunung Intan bersempena perpisahan Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Sepang ke Pontian, Johor. Majlis ini telah diadakan mengikut butiran berikut:
Tarikh : 24 Disember 2021 (Jumaat)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Nilai Spring Resort
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Sepang, Tuan Ishak bin Abdullah bersama-sama beberapa orang Pegawai PPD Sepang yang turut bersama. Tuan Haji Mutalib dan Cikgu Sukimin turut hadir dalam majlis ini bagi meraikan perpindahan sahabat yang dikasihi, Cikgu Faizam bin Abd Wahab. Pihak MGB Sepang berasa sangat kehilangan butir permata yang semakin bergilapan yang telah menerajui kepimpinan MGB Sepang dengan cemerlang sekali. Semoga Cikgu Faizam bin Abd Wahab akan terus cemerlang di tempat baharu. Kenang Kami Dalam Doamu.
17.12.21
Pelan Pemulihan Negara
Kita boleh dapatkan maklumat berkaitan Pelan Pemulihan Negara melalui link di bawah
https://pelanpemulihannegara.gov.my
Repositori KPMPerkasaKU
Repositori ini mengandungi bahan sokongan yang boleh digunakan oleh guru, murid dan ibu bapa untuk membantu murid memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan yang telah diperolehi dan seterusnya menggunakan bahan tersebut untuk aktiviti pengayaan supaya murid dapat menguasai semua kandungan kurikulum yang telah diajar.
13.12.21
MAJLIS APRESIASI DAN RAMAH MESRA MGB SELANGOR
Majlis Apresiasi dan Ramah Mesra MGB Selangoir telah diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: : 5 Disember 2021
Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Puan Hajah Anismah binti M. Noh yang mewakili YB Tuan Muslimin bin Yahaya (Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi)
https://anyflip.com/cpxs/hnep/