|
Majilis Guru Besar (MGB) Sepang dianggotai oleh 24 orang Guru Besar (GB) Sekolah Kebangsaan (SK), 7 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 8 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Ini bermakna MGB terbahagi kepada 3 iaitu MGB SK, MGB SJKC dan MGB SJKT. Namun ketiga-tiganya bergabung di bawah satu bumbung MGB Sepang yang mana secara automatiknya ia diketuai oleh Pengerusi MGB SK dan dibantu oleh dua orang Naib Pengerusi iaitu Pengerusi MGB SJKC dan Pengerusi MGB SJKT.
30.12.14
PERINGATAN MESRA PENGURUSAN GURU SEKOLAH RENDAH BAGI PERSEDIAAN SESI PERSEKOLAHAN 2015
29.12.14
Sesi Persekolahan 2015 Ditangguhkan Seminggu
KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
29 December 2014
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014
26.12.14
Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) merupakan aplikasi yang berfokus kepada sistem satu pangkalan data tunggal bagi murid, guru dan sekolah di seluruh negara. Ini bertujuan mengelakkan guru-guru dari melakukan kemasukan data berulang dalam pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pangkalan data SPS ini digunasama oleh pelbagai sistem yang dibangunkandi KPM pada masa akan datang. SPS merupakan sistem yang kemasukan datanya hanya pada satu aplikasi sahaja data dibaca oleh aplikasi lain jika berkaitan.
22.12.14
Persidangan Meja Bulat - Pemantapan Profesionalisme Keguruan
Meja Bulat ini diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Pendidikan Sepang pada 22 Disember 2014(Isnin) yang dihadiri oleh Pasukan Pemandu Program Pemantapan Profesionalime Keguruan. Ahli pasukan ini terdiri daripada semua Ketua Unit, SISC+, SIP+ dari PPD, 5 pengetua dan 6 guru besar.
Persidangan dikendalikan oleh Tn. Haji Mutalib Tomran, Timbalan PPD dengan dibantu oleh Tn. Hj. Sailan. Tiga tajuk dibincangkan ialah:
Guru Profesional (GP)
Profesionalisme Keguruan (PK)
Implementasi peningkatan PK dalam Sepang
Domain diri
Domain profesion
Domain sosial
Pengetua terdiri daripada Tn. Hj. Muskamal, tn. Hj Amin Sulaiman, Tn. Hj. Amin, Pn. Zaini, Pn. Rogayah sementara enam orang guru besar pula ialah En. Sukimin, En. Tamil Sekaran, En. Low, En. Ishak, En. Zahari dan Pn. Hajah Noredzan
9.12.14
Amanat dan Taklimat Persediaan Akhir Tahun 2014 Dan Awal Tahun 2015
Pada 24 November 2014 (Isnin) telah diadakan Amanat dan Taklimat Persediaan Akhir Tahun 2014 Dan Awal Tahun 2015 oleh Pengarah Pendidikan di Hotel Goldcourse Klang.
Sesi persekolahan pada tahun hadapan akan bermula pada 5 Januari 2015 hingga 20 November 2015. Bagi negeri Selangor, tiga perayaan yang dibenarkan untuk mengambil Cuti Perisitiwa dan Cuti Tambahan mengikut keperluan sekolah masing-masing. Namun ia merupakan suatu pilihan yang perlu diputuskan oleh pihak sekolah.
Ketiga-tiga bahan tersebut (dalam format zip) boleh dimuat turun dengan klik di sini.
Sesi persekolahan pada tahun hadapan akan bermula pada 5 Januari 2015 hingga 20 November 2015. Bagi negeri Selangor, tiga perayaan yang dibenarkan untuk mengambil Cuti Perisitiwa dan Cuti Tambahan mengikut keperluan sekolah masing-masing. Namun ia merupakan suatu pilihan yang perlu diputuskan oleh pihak sekolah.
- Pengurusan Berkesan Ke Arah Kecemerlangan Organisasi
- Taklimat Pengarah - En. Zainuren Haji Mohd. Nor, SMP., AAP.
- Taklimat Ketua Sektor Pengurusan Sekolah - Tn. Hj. Mahmudi Bakri
Ketiga-tiga bahan tersebut (dalam format zip) boleh dimuat turun dengan klik di sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)