... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

7.3.14

Garis Panduan Penyediaan Penyata Perubahan Urusan Tatatertib dan Surcaj Bagi Semua Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia


Setiap penjawat awam hendaklah mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan di sepanjang tempoh perkhidmatannya. Pelanggaran peraturan menyebabkan seseorang pegawai itu boleh dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan 50A, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, setiap tindakan tatatertib yang diambil terhadap seseorang pegawai dan dikenakan hukuman hendaklah dicatatkan ke dalam Buku Perkhidmatan pegawai dengan menyatakan butir-butir kesalahan yang telah dilakukan dan juga hukuman yang telah dikenakan.

Jenis Kesalahan 

a) Tatakelakuan
  1. Tidak taat setia kepada Yang Di-Pertuan Agong, Negara Dan Kerajaan
  2. Gangguan Seksual 
  3. Melakukan Pekerjaan Luar tanpa kebenaran 
  4. Melanggar etiket berpakaian 
  5. Penyalahgunaan Dadah 
  6. Penerimaan dan pemberian hadiah 
  7. Penerimaan dan pemberian keraian 
  8. Pemunyaan Harta 
  9. Menyelenggara Taraf Hidup Melebihi Emolumen 
  10. Meminjam Wang 
  11. Keterhutangan Wang Yang Serius 
  12. Meminjamkan Wang 
  13. Penglibatan Dalam Pasaran Niaga Hadapan 
  14. Cabutan Bertuah Loteri 
  15. Penerbitan Buku xvi. Membuat Penyataan Awam 
  16. Larangan Sebagai Penyunting xviii. Mengambil Bahagian Dalam Politik; Dan, 
  17. Tidak Hadir Bertugas

b) Tindakan
  1. Surcaj 
  2. Penahanan Kerja 
  3. Penggantungan Kerja 
  4. Penamatan Demi Kepentingan Awam


c) Jenis Hukuman
  1. Amaran 
  2. Denda
  3. Lucut Hak Emolumen 
  4. Tangguh Pergerakan Gaji 
  5. Turun Gaji 
  6. Turun Pangkat; Dan, 
  7. Buang Kerja


Muat turun dengan klik di sini.

2 comments:

  1. Terima kasih kerana berkongsi maklumat penting ini.
    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana berkongsi maklumat penting ini.
    Alhamdulillah

    ReplyDelete