Setiap penjawat awam hendaklah mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan di sepanjang tempoh perkhidmatannya. Pelanggaran peraturan menyebabkan seseorang pegawai itu boleh dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan 50A, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, setiap tindakan tatatertib yang diambil terhadap seseorang pegawai dan dikenakan hukuman hendaklah dicatatkan ke dalam Buku Perkhidmatan pegawai dengan menyatakan butir-butir kesalahan yang telah dilakukan dan juga hukuman yang telah dikenakan.
Jenis Kesalahan
a) Tatakelakuan
- Tidak taat setia kepada Yang Di-Pertuan Agong, Negara Dan Kerajaan
- Gangguan Seksual
- Melakukan Pekerjaan Luar tanpa kebenaran
- Melanggar etiket berpakaian
- Penyalahgunaan Dadah
- Penerimaan dan pemberian hadiah
- Penerimaan dan pemberian keraian
- Pemunyaan Harta
- Menyelenggara Taraf Hidup Melebihi Emolumen
- Meminjam Wang
- Keterhutangan Wang Yang Serius
- Meminjamkan Wang
- Penglibatan Dalam Pasaran Niaga Hadapan
- Cabutan Bertuah Loteri
- Penerbitan Buku xvi. Membuat Penyataan Awam
- Larangan Sebagai Penyunting xviii. Mengambil Bahagian Dalam Politik; Dan,
- Tidak Hadir Bertugas
b) Tindakan
- Surcaj
- Penahanan Kerja
- Penggantungan Kerja
- Penamatan Demi Kepentingan Awam
c) Jenis Hukuman
- Amaran
- Denda
- Lucut Hak Emolumen
- Tangguh Pergerakan Gaji
- Turun Gaji
- Turun Pangkat; Dan,
- Buang Kerja
Muat turun dengan klik di sini.
Terima kasih kerana berkongsi maklumat penting ini.
ReplyDeleteAlhamdulillah
Terima kasih kerana berkongsi maklumat penting ini.
ReplyDeleteAlhamdulillah