... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Wednesday, February 23, 2011

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia SKPM 2010

Mulai tahun 2011, pelaksanaan Penarafan Kendiri Sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (PKS-SKPM) dan penilaian Tawaran Baru (Baiah/New Deal) akan dibuat menggunakan instrumen SKPM versi terbaru iaitu SKPM 2010. Semua sekolah diminta mengemukakan skor PKS-SKPM kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti secara atas talian melalui portal e-penarafan http://www.moe.gov.my/skpm mengikut proses kerja seperti berikut:
  1. Pengisian skor SKPM-2010 oleh sekolah rendah (1 - 27 Februari 2011)
  2. Pemantauan skor SKPM-2010 oleh PPD dan JNJK (28 Feb - 5 Mac 2011)
  3. Penghantaran Pengesahan skor SKPM-2010 oleh sekolah (7 - 11 Mac 2011)
  4. Pengumuman ranking sekolah rendah (21 Mac 2011)
Pada 21 hingga 25 Mac 2011 pihak sekolah perlu melakukan perkara berikut di http:///www.moe.gov.my/nkra:
  • menyemak ranking
  • mencetak Akad Bai'ah
  • menandatangan Akad Bai'ah
  • menghantar salinan Akad Bai'ah kepada PPD

No comments:

Post a Comment