HUKUM MANDI
Hukum syarak mengenai mandi mayat adalah wajib, ini diterangkan dalam hadith berikut, yang bermaksud :
Dari Umu 'Athiah al-Ansariah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat kami ketika anak perempuannya* wafat lalu bersabda: "Mandikanlah dia dengan tiga kali, atau lima kali atau lebih dari itu - jika kamu pandang elok tambahan yang demikian - iaitu dengan air, dan serbuk daun bidara, dan campurkan sedikit kapur barus pada kali yang akhir, setelah kamu selesai memandikannya beritahu kepadaku."
Setelah selesai, kami pun memberitahu kepada baginda, lalu baginda memberi kepada kami kain sarungnya sambil bersabda,"Balutlah badannya dengan kain ini." **(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nota
Setelah mereka memandikan jenazah puterinya, baginda melucutkan kain sarung (azar) yang dipakainya dan meminta mereka membalut tubuh mayat puterinya. Sesudah itu barulah mayat puterinya dikafan dengan kain kafan yang disediakan.
Alhafiz Ibni Hajar rah.a. berkata, "Perbuatan baginda yang demikian
menjadi dasar (bagi amalan orang Islam) mengambil berkat daripada benda-benda
pemberian atau peninggalan orang salih."
(Fathul Bari 3:37)
(Fathul Bari 3:37)
SYARAT MANDI
Mandi dengan merata air ke seluruh anggota badan jenazah.
Mandi dengan merata air ke seluruh anggota badan jenazah.
Syarat mayat dimandikan.
1 Hendaklah mayat orang Islam.
2 Cukup anggota atau sebahagian badannya.
3 Berumur enam bulan atau kurang, tetapi telah lengkap anggotanya.
4 Mayat itu bukan mati syahid.
No comments:
Post a Comment