Pada tahun 2012 ini, pelaksanaan KSSR dalam sistem pendidikan di negara kita telahpun memasuki tahun 2. Di dalam KSSR tiada lagi dokumen Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan. Sebaliknya kini Dokumen Standard Kurikulum pula mengambil alih sebagai dokumen rujukan rasmi. Guru perlu menggunakan Standard Kurikulum ini untuk merancang Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Mengajar Harian. Standard Kurikulum ini disediakan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Berdasar dan berpandukan Standard Kurikulum ini, Lembaga Peperiksaan membina Standard Prestasi dan Bahagian Buku Teks pula menyediakan buku teks/aktiviti.
Hasrat KSSR
Hasrat KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).
Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:

- Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial
- Warganegara yang bertanggungjawab
- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)
- Pekerja berilmu
- Warganegara yang bertanggungjawab
- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)
- Pekerja berilmu
Petikan daripada http://kssr.bpk.my/pengenalan/hasrat_kssr
Buku teks digunakan oleh guru untuk memastikan tidak terpesong dari kehendak Standard Kurikulum. Pencapaian murid pula ditaksir dengan menggunakan instrumen yang dibina oleh guru. Instrumen ini hendaklah dibina agar mematuhi kehendak Standard Prestasi. Instrumen ini mudah untuk diurus jika ia dilabel mengikut nombor band, deskriptor dan eviden yang terdapat di Standard Prestasi.
Sekiranya kita benar-benar melaksanakan KSSR dan PBS sudah pasti banyak perkara baru yang ditemui. Perkara baru sinonim dengan isu, masalah dan penyelesaiannya. Apakah isu dan masalah yang telah kita lalui dan harungi? Bagaimanakah cara kita menangani dan menyelesaikannya?
No comments:
Post a Comment