... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

6.8.11

Bengkel Pentaksiran Berasaskan Sekolah KSSR

Bengkel ini dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Sepang di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Seramai 56 peserta telah menghadiri bengkel ini yang datangnya dari sekolah-sekolah daerah Sepang dan Putrajaya.
Peserta yang datangnya dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil terbukti begitu bermotivasi untuk memahami, menghayati dan melaksanakan tanggungjawab mendidik generasi KSSR. Kesungguhan ini bukan sahaja datangnya dari guru mata pelajaran malah terdapat Guru Besar dan Penolong Kanan yang hadir sama.

Terima kasih kepada semua fasilitator dan ahli jawatan kuasa yang hadir membantu menjayakan bengkel ini secara sukarela.

Klik di sini untuk mendapatkan bahan. Masih ada bahan yang belum dimuat naik, harap besrsabar.

1 comment:

  1. Terima kasih kerana sudi menjemput kami, guru-guru dari SK Putrajaya Presint 11(2) ke bengkel ini. Penerangan yang diberikan mengenai pengurusan Portfolio Perkembangan Murid, Porfolio Showcase, instrumen dan evidens sangat jelas dan difahami. Ini adalah kali ketiga saya menghadiri bengkel seperti ini dan bengkel yang ketiga ini benar-benar dapat menjelaskan kekaburan yang pihak kami hadapi. Tahniah. Semoga dapat mengujudkan pengkongsian ilmu seperti ini lagi di masa-masa akan datang.

    ReplyDelete