... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Wednesday, July 20, 2011

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Dalam Talian

SAPS telahpun menjadi ahli keluarga baru komponen portal NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia menyertai LINUS, SKPM, SBT dan SIP.  

Semua sekolah wajib memastikan sistem ini diisikan data guru dan murid sebelum ia boleh digunakan.  Data murid perlu diimport dari Sistem Maklumat Murid sementara data guru pula telahpun dihubungkan dengan EMIS.  Namun begitu, pihak sekolah perlu memastikan semua guru terbabit membuat akaun masing-masing.  

Pihak sekolah perlu menetapkan siapa yang akan menjadi pentadbir kepada SAPS ini.  Peranan ini dinamakan sebagai Setiausaha Peperiksaan dan dia menjadi nadi penting untuk memastikan sistem ini dilaksanakan di sekolah.  Dia juga perlu membimbing guru dan membuat penetapan dalam banyak perkara yang berkaitan dengan sistem ini.

Untuk mengelakkan daripada setiap guru mempunyai terlalu banyak User ID dalam pelbagai aplikasi yang digunapakai oleh Kementerian, dicadangkan agar kita menggunakan No. Kad Pengenalan masing-masing.  Gunakan ini dalam semua aplikasi lain agar masalah keliru dan lupa akan User ID ini dapat dikurangkan.

No comments:

Post a Comment